BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan BMW F 900 XR dan BMW R 12 nineT Serba Baharu, mengembangkan lagi rangkaian motosikalnya untuk memenuhi pelbagai keperluan dan cita rasa penunggang di Malaysia.
Dengan penambahan terbaru ini, BMW Motorrad Malaysia terus menawarkan prestasi premium dan kejuruteraan tercanggih ke pasaran tempatan, dengan dua pilihan yang berbeza, mencerminkan kehendak penunggang masa kini yang semakin berkembang.
Benjamin Nagel, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, berkata: “Tahun 2025 bakal menjadi tahun yang penuh keterujaan bagi peminat motosikal di Malaysia terutamanya selepas pelancaran BMW S 1000 RR dan BMW F 900 GS Adventure bulan lalu, yang telah mencetuskan keterujaan dalam kalangan pencinta kelajuan dan pengembaraan.
Kini, dengan kehadiran BMW F 900 XR Baharu dan BMW R 12 nineT Serba Baharu, kami memenuhi kehendak dua lagi jenis penunggang yang berbeza. BMW F 900 XR Baharu menawarkan keseimbangan sempurna antara prestasi dan serba boleh untuk mereka yang menginginkan pengendalian dinamik dan keselesaan dalam perjalanan jauh, manakala BMW R 12 nineT Serba Baharu pula menarik minat mereka yang menghargai reka bentuk menawan, ketukangan halus, dan pengalaman roadster yang sebenar.”
Beliau menambah, “BMW F 900 XR Baharu menawarkan keterujaan yang berbeza – direka untuk penunggang yang menginginkan gaya sporty dan keseronokan, dengan fokus kepada prestasi sambil mengekalkan aspek praktikal dan serba boleh untuk penunggangan jarak jauh serta pengembaraan harian.
Sebaliknya, BMW R 12 nineT Serba Baharu pula mengambil inspirasi daripada prinsip ‘The Spirit of nineT’, menghormati legasi model BMW R nineT yang berjaya – yang kekal menawan.
Harga jualan (atas jalan, dengan Program Waranti Tiga Tahun dan Program Bantuan Tepi Jalan Tiga Tahun BMW Motorrad Malaysia yang baharu, tanpa insurans) bagi BMW F 900 XR Baharu dan BMW R 12 nineT Serba Baharu adalah:
BMW F 900 XR Baharu RM 82,500.00
BMW R 12 nineT Serba Baharu RM 124,500.00