BMW Motorrad Malaysia hari ini memperkenalkan BMW S 1000 RR Serba Baharu dan BMW F 900 GS Adventure Baharu, masing-masing mewakili kemuncak motosikal sukan berprestasi tinggi dan motosikal pengembaraan yang versatil.

Benjamin Nagel, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, berkata, “Tidak lama dahulu, kami telah memperkenalkan BMW C 400 X Baharu dan BMW C 400 GT Baharu, yang mengangkat mobiliti bandar ke tahap yang lebih tinggi di Malaysia.

Kini, kami meluaskan tawaran kami ke prestasi di litar, luar jalan raya, pengembaraan jarak jauh dan laluan mencabar. Dengan BMW S 1000 RR Serba Baharu, kami memenuhi kehendak penunggang yang menginginkan kuasa sebenar, ketepatan, dan keterujaan di
litar.

Sementara itu, BMW F 900 GS Adventure Baharu direka untuk mereka yang menggemari pengembaraan tanpa batasan, sama ada di laluan lasak mahupun perjalanan jarak jauh, dengan kelengkapan teknologi canggih dan serba boleh.”

Harga jualan yang disyorkan (di atas jalan, dengan Waranti Tiga Tahun dan Program Bantuan Tepi Jalan 3 Tahun daripada BMW Motorrad Malaysia, tanpa insurans) bagi BMW S 1000 RR Serba Baharu dan BMW F 900 GS Adventure Baharu adalah:

BMW S 1000 RR Serba Baharu RM 139,500.00
BMW S 1000 RR Serba Baharu dengan Pakej M RM 159,500.00
BMW F 900 GS Adventure Baharu RM 95,500.00

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini