Dalam dunia moden yang bergerak pantas, masa amat berharga dan kerja rumah sememangnya tidak pernah habis. Ramai keluarga di Malaysia menghadapi kesukaran dalam menjalankan tugas mencuci pakaian.

Mereka terpaksa menggunakan pelbagai jenis produk cucian seperti pencuci, pelembut dan pewangi di mana setiap satu mempunyai fungsi berbeza seperti mencuci, melembut, dan mengharumkan pakaian.

Daia menyahut cabaran ini dengan pelancaran Daia 3-dalam-1 Softergent Lavender, penyelesaian cucian lengkap yang menggabungkan kuasa cucian berganda, haruman mewah lavender serta kelembut dengan 99.9% perlindungan antibakteria dengan hanya menggunakan satu produk sahaja.

Pengurus Serantau Gentle Supreme Sdn Bhd, Ng Hock Guan berkata, isi rumah di Malaysia memerlukan produk yang bukan sahaja memberikan pakaian yang bersih, juga memberi nilai tambahan di dalam setiap cucian.

Daia 3-dalam-1 Softergent Lavender adalah jawapannya. Formula 2X Kuasa Membersih menghapuskan kotoran degil, manakala campuran pelembut dan pewangi lavender akan membuatkan pakaian lembut dan berbau segar—tanpa perlu menambah pelembut atau
pewangi lagi.

Ia juga memberikan 99.9% perlindungan antibakteria dan pakaian tetap berbau wangi walaupun dijemur di dalam rumah”.

Dikuasakan dengan Teknologi Smart ION TM , Daia 3-dalam-1 Softergent Lavender memastikan cucian yang menyeluruh dengan menghalang kotoran melekat pada pakaian. Formulasi ini memberikan prestasi cucian yang luar biasa tanpa perlu merendam atau memberus, malah turut memelihara kesejahteraan kulit dan fabrik.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini