Penantian kini hampir berakhir! Pengguna yang telah lama menantikan HONOR Pad X9a versi LTE ini boleh mendapatkannya di kedai HONOR Stores seluruh negara mulai 25 April 2025!
Direka untuk penggemar drama, model ini membawakan kemudahan yang lebih banyak dengan kesambungan LTE. Pengguna boleh memasukkan kad SIM ke dalam tablet ini untuk kekal terhubung, di mana sahaja, sepanjang hari.
Sama ada untuk membalas mesej WhatsApp, menjawab panggilan, atau melihat konten terkini, HONOR Pad X9a LTE membolehkan anda melakukan semuanya tanpa batasan masa dan tempat.
Dengan harga RM1,299, tablet berwarna Grey ini menampilkan RAM 16GB (termasuk HONOR RAM Turbo 8GB) dan storan 256GB, menawarkan pengalaman yang penuh berkuasa dan bergaya pada harga berbaloi.
Bagi mereka yang mahukan pilihan lebih mesra bajet, HONOR Pad X9a juga didatangi dalam versi WiFi pada harga hanya RM999. Versi ini menawarkan RAM 16Gb (termasuk HONOR RAM Turbo 8GB) dan storan 128GB, terbaik bagi golongan yang mencari ‘Tablet Paparan Terbaik Dalam Segmen’.
Kedua-dua versi LTE dan WiFi disertakan dengan papan kekunci Bluetooth dan pensel PERCUMA bernilai RM598 bersama keahlian iQiYi VIP selama 3 bulan. Pelanggan boleh membeli HONOR Pad X9a di HONOR Stores seluruh negara, laman sesawang HONOR Malaysia, Shopee, Lazada, TikTok Shop, serta pengedar sah Senheng, Urban Republic, dan Harvey Norman.
Teman Ideal untuk Kesambungan Bila-bila Masa, Di Mana Saja
Bagi mereka yang perlu sentiasa berhubung tanpa mengira waktu dan lokasi, HONOR Pad X9a versi LTE adalah teman yang ideal. Dengan model LTE ini, hiburan sentiasa di hujung jari, sama ada sedang menaiki bas, atau melepak di kafe sambil menikmati siri drama terkini.
Dengan sambungan LTE, pengguna tidak perlu risau untuk mencari WiFi untuk menstrim, melayari internet, dan berkomunikasi dengan lancar walaupun di kawasan terpencil. Untuk produktiviti kerja, pengguna boleh membalas emel atau menyelesaikan tugasan dengan pantas tanpa perlu mencari WiFi atau berdepan hotspot mudah alih yang lemah.
Tablet LTE ini menyediakan sambungan yang pantas dan boleh dipercayai, membolehkan pengguna kekal produktif semasa bergerak, dan ketenangan walaupun semasa menghadapi kecemasan.
Nikmati hiburan kandungan tanpa gangguan, menjadikan setiap saat santai lebih bermakna dan tanpa kerumitan!
Dibina Untuk Kepuasan Menonton Tanpa Henti
HONOR Pad X9a direka dengan fokus kepada hiburan dan juga teman menonton tanpa henti terbaik. Dengan Paparan HONOR FullView 2.5K 11.5 inci yang luas, tablet ini menghasilkan kejelasan menakjubkan dan warna-warna terang untuk membuatkan
pengguna seolah berada dalam pawagam.
Untuk melindungi mata semasa menonton untuk tempoh lama, HONOR Pad X9a dilengkapi dengan rangkaian penuh ciri Keselesaan Mata. Ini termasuk Skrin Pemalapan Dinamik yang meniru perubahan cahaya semula jadi, Teknologi Paparan Malam Sirkadia yang membantu memperbaiki kitaran tidur, serta perlindungan Cahaya Biru Rendah dan Bebas Kerdipan yang diperakui oleh TÜV Rheinland. Gabungan ciri-ciri ini membolehkan masa skrin pengguna menjadi lebih selamat dan selesa.
Kuasa Sepanjang Hari Dengan Kejelasan Suara
Skrin yang bagus harus dipadankan dengan bateri besar. HONOR Pad X9a dikuasakan oleh bateri 8300mAh yang mampu bertahan sehingga 11.7 jam penstriman berterusan di iQIYI, cukup untuk satu musim drama penuh, atau hampir 12 episod berturut-turut, tanpa perlu kerap mengecas.
Tablet ini dikuasakan oleh pengecasan pantas 35W HONOR SuperCharge yang meminimumkan masa henti antara episode drama, kerja, atau belajar. Dari aspek audio, peranti ini juga tidak mengecewakan.
Dilengkapi dengan empat pembesar suara surround dan peningkatan kelantangan sebanyak 200% yang ketara, setiap pertuturan, gurauan, dan perkembangan plot drama dapat didengar dengan jelas.
Tidak hairanlah mengapa iQIYI mengiktiraf HONOR Pad X9a sebagai “Pilihan Terbaik untuk Pengalaman Drama yang Unggul” kerana tablet ini sememangnya direka untuk memberikan pengalaman pengguna yang terbaik.
Bekerja, Mereka, dan Mengekspresi Lebih Mudah
Kehebatan HONOR Pad X9a tidak terhad kepada hiburan semata-mata, malah ia direka khusus untuk meningkatkan produktiviti. Urusan membalas e-mel, menyediakan dokumen, atau mengikuti kelas dalam talian menjadi mudah dengan papan kekunci Bluetooth yang disertakan, memberikan pengalaman menaip setara dengan komputer.
Bagi pelajar, golongan kreatif, atau mereka yang gemar mencatat nota, pensel ini adalah pilihan terbaik untuk menulis dan melukis. Dengan ciri penolakan tapak tangan globalnya memastikan penulisan lancar dan selesa tanpa sebarang sentuhan yang tidak diingini.
Selain itu, butang pemadam yang tersedia memudahkan pembetulan dilakukan, sama seperti menggunakan pensel yang sebenar. Di sebalik reka bentuknya, HONOR Pad X9a dikuasakan oleh prosesor Qualcomm Snapdragon 685, menyajikan pengalaman yang tangkas dan lancar untuk pelbagai operasi, penstriman kandungan, dan penggunaan aplikasi, sekaligus mengoptimalkan kecekapan kerja anda.