Berbekalkan kejayaan membuka cawangan Domino’s Express yang pertamanya di Bahau, Negeri Sembilan, Domino’s Pizza Entreprises Ltd (Domino’s) akan membuka satu lagi Domino’s Express Store yang inovatif di Guar Chempedak, Kedah pada 2 April 2025.
Bagi pelanggan yang sibuk tetapi ingin menikmati hidangan segera, menyenangkan dan murah, format Grab & Go Domino’s menawarkan piza dibuat segar yang bermutu tinggi dengan masa menunggu minimum.
Produk istimewa khusus di cawangan Domino’s Express, iaitu PizzaPanjang, merupakan piza sepanjang 8 inci yang dibuat khas untuk menyenangkan pelanggan menjamu selera. Kini ditawarkan di cawangan Domino’s Express Guar Chempedak, hidangan ideal untuk satu orang ini menawarkan piza dengan kerak keemasan rangup, sos istimewa lazat dan lapisan keju meleleh yang menambat selera.
Pelanggan boleh menikmatinya dalam pelbagai perisa, termasuk Aloha Chicken (Ayam Aloha), Chicken Pepperoni (Peperoni Ayam), Beef Pepperoni (Peperoni Daging Lembu), Simply Cheese (Keju), dan pilihan 3 Meats (3 Daging) serba baharu – masing-masing pada harga hanya RM8!
Ringo Joannes, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau Domino’s Pizza Malaysia, Singapura dan Kemboja mengulas, “Kami teruja untuk membawa cawangan Domino’s Express kami ke Guar Chempedak.
Memandangkan sambutan yang sungguh luar biasa kepada cawangan Domino’s Express kami yang pertama di Bahau, kami sedar bahawa kami perlu membawakan kemudahan ini kepada lebih ramai penduduk di seluruh Malaysia.
Bagi mereka yang ingin berkongsi hidangan, piza saiz Regular (Biasa) paling laris Domino’s juga boleh didapati pada harga RM13 eksklusif di cawangan Domino’s Express. Dengan tumpuan terhadap kualiti, kepantasan, kesenangan dan cita rasa, Domino’s mengukuhkan komitmen untuk mengutamakan pelanggan menerusi cawangan Domino’s Express, selaras dengan janjinya It’s All About Giving You More (Memberikan Anda Lebih Lagi).
Domino’s bercadang untuk meluaskan rangkaian cawangan Domino’s Express ke seluruh Malaysia, bagi membawakan piza yang dibuat segar, pantas dan sungguh lazat kepada lebih ramai penduduk setempat.
Kunjungi cawangan Domino’s Express di Guar Chempedak, Kedah, dan dapatkan PizzaPanjang anda! Untuk maklumat lanjut mengenai cawangan Domino’s Express
dan promosi lain yang sedang dijalankan, sila layari www.dominos.com.my.