HONOR gembira mengumumkan lima peranti baharu bakal dilancarkan di Malaysia, sekaligus memperluaskan lagi rangkaian produk pelbagai senario yang sedia ada.
Berdasarkan peralihan jenama di bawah HONOR ALPHA PLAN yang diumumkan pada Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) Barcelona 2025, HONOR terus berkembang daripada pengeluar telefon pintar kepada peneraju global dalam ekosistem peranti yang dipacu oleh AI dalam menyampaikan penyelesaian inovatif kepada pengguna di seluruh dunia.
Sejak dulu lagi, HONOR menawarkan portfolio produk yang pelbagai seperti telefon pintar, tablet, komputer riba, fon putik dan jam tangan pintar. Dengan pelancaran akan datang, HONOR akan memperkenalkan produk-produk baharu ke Malaysia, mengukuhkan komitmen jenama ini dalam memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna bagi meningkatkan kehidupan harian mereka.
Justeru, HONOR terus menonjol dalam industri sebagai satu-satunya jenama Android di Malaysia dengan rangkaian peranti yang komprehensif dan saling berhubung.
Dengan wawasan yang berpaksikan insan, setiap produk HONOR termasuk penambahan baharu ini, direka untuk memaksimumkan potensi manusia dalam pelbagai senario.
Daripada meningkatkan produktiviti di tempat kerja, membantu mencapai kecergasan yang diingini, menetapkan matlamat pembelajaran, sehinggalah menyampaikan hiburan yang luar biasa dan mencetuskan kreativiti, rangkaian peranti ini direka untuk menangani cabaran harian dengan lancar menggunakan teknologi termaju.
Maklumat lanjut mengenai produk baharu akan diumumkan tidak lama lagi. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pelancaran rasmi dan bersedia untuk merasai pengalaman teknologi semua senario HONOR yang terkini di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau layari www.honor.com/my/.