Michelin, syarikat tayar terkemuka dunia serta peneraju dalam penghasilan komposit dan pengalaman yang memacu perubahan, baru-baru ini melancarkan MICHELIN Primacy 5 untuk kenderaan penumpang dan crossover daripada semua jenis enjin, dengan slogan
“Confidence Made to Last”.

Membawakan peningkatan signifikan berbanding model terdahulu, MICHELIN Primacy 4, tayar baharu ini hadir dengan inovasi utama bagi prestasi yang lebih hebat serta kesan terhadap alam sekitar yang lebih rendah.

Prichapakorn Dangrojana, Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Singapura, dan Brunei berkata: “MICHELIN Primacy 5 baharu ini direka untuk memenuhi keperluan kenderaan moden yang semakin berkembang, sambil mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.

Kenderaan moden, terutamanya hibrid dan elektrik, memberikan lebih banyak tekanan kepada tayar kerana kuasa kuda yang lebih tinggi dan lebih berat. Oleh itu, tayar ini telah dioptimumkan untuk menangani cabaran tersebut, dengan peningkatan terhadap jangka hayat tayar dan rintangan gelinciran yang lebih rendah, sekali gus mengurangkan kos
operasi.

Pada masa yang sama, prestasi cengkaman atas permukaan jalan basah yang berterusan memastikan keselamatan sepanjang jangka hayat tayar.”

Dalam pada meningkatkan prestasi, keselamatan, dan keselesaan, MICHELIN Primacy 5 juga lebih mesra alam – selaras dengan strategi “All Sustainable” Michelin Group. Rintangan gelinciran 6 ditambah baik sebanyak 5 peratus, manakala jangka hayatnya 7 meningkat sebanyak 18 peratus, membolehkan tayar digunakan sehingga mencapai had minimum kedalaman bunga tayar yang ditetapkan – sekali gus mengurangkan sisa buangan.

Daripada segi reka bentuk, kesan alam sekitar tayar ini telah dikurangkan sebanyak 6 peratus. Di Malaysia, MICHELIN Primacy 5 kini boleh didapati dalam 25 saiz, daripada 16
hingga 19 inci, di semua pengedar tayar sah Michelin di seluruh negara.

Semua tayar bersaiz 18 inci dan ke atas dilengkapi dengan reka bentuk dinding sisi estetika yang menonjol, dengan kemasan lingkaran penuh jalur baldu. Harga jualan yang disyorkan bagi MICHELIN Primacy 5 bermula daripada RM477 hingga RM1,026.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini