Sempena Ramadan ini, PROTON menjemput semua orang untuk menandakan permulaan baharu dengan kenderaan yang baharu semasa promosi Buka Lembaran Baharu.

Merangkumi semua model Proton, promosi itu memberi ganjaran kepada pembeli kereta baharu dengan rebat tunai “Duit Raya” bernilai sehingga RM10,000 serta menambahnya lagi dengan pakej sokongan overtrade daripada bahagian pengurusan kereta terpakai Proton di cawangan yang tertentu.

PROTON mempunyai tiga model SUV yang menawarkan prestasi, ketersambungan, keselamatan dan nilai, terbukti menjadi gabungan yang memenangi hati ramai pembeli kereta baharu.

Dengan pakej lumayan yang tersedia sepanjang tempoh promosi, kini adalah masa paling sesuai untuk memiliki Proton siri X. Model popular, Proton X50, telah dikemas kini pada Jun tahun lalu dan terus menerajui jualan dan mengatasi semua pesaing dalam segmennya.

Pelancaran Proton X50 SE pula mendapat sambutan memberangsangkan dengan 531 unit telah didaftarkan sejak dilancarkan pada pertengahan Januari ini. Untuk kempen promosi Buka Lembaran Baharu, pembeli akan menerima rebat sehingga RM9,000, dan sokongan tukar beli sehingga RM2,000 daripada cawangan yang tertentu untuk jumlah nilai pakej yang bakal bernilai sehingga RM11,000.

Model ICE PROTON yang terbaharu adalah Proton X70 2025 yang dilancarkan pada 15 Ogos tahun lalu. Menampilkan bahagian luar dan dalam yang dikemas kini serta penjimatan penggunaan bahan api, mereka yang ingin memiliki model “Intelligence That Inspires” boleh membeli kenderaan dengan rebat sehingga RM9,000 manakala sokongan tukar beli yang ada bernilai RM2,000.

Model utama PROTON adalah SUV segmen-D, Proton X90, dan ia mempunyai rebat bernilai sehingga RM10,000 dan sokongan tukar beli bernilai RM5,000. Ini bermakna pakej yang ditawarkan bakal benilai sehingga RM15,000.

Promosi Buka Lembaran Baharu menawarkan sesuatu kepada semua pembeli kereta. Model Proton Saga, Proton Iriz dan Proton Persona akan menerima rebat tunai sebanyak RM1,000 serta sokongan tukar beli bernilai diantara RM800 sehingga RM1,000.

Ini bermakna pembeli dapat menikmati jumlah penjimatan sehingga RM2,000 untuk kenderaan baharu mereka. Peneraju segmen baharu PROTON pada 2024 ialah Proton S70, yang mendahului jualan sedan segmen C pada tahun pertamanya.

Pembeli akan menerima rebat tunai sehingga RM8,000. Pelanggan Flagship X juga menerima Aerokit percuma bernilai RM3,130 dan terdapat juga sokongan tukar beli bernilai RM2,000 untuk memberi nilai pakej sehingga RM13,000.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini