Pengerusi NGO Antarabangsa merangkap Profesor Adjung Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dato’ Dr Mustapha Ahmad Marican mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Utama Dr Tengku Adnan Tengku Mansor mantan Menteri Wilayah Persekutuan baru-baru ini.
Menurut Datuk Seri Utama Dr Tengku Adnan, beliau tidak pernah lupa pengundi-pengundi Putrajaya walaupun tidak lagi menjadi Ahli Parlimen Putrajaya kerana semua pengundinya sentiasa dekat di hatinya.
Katanya, sehingga kini setiap kali menjelangnya bulan Ramadan, beliau sentiasa mengagihkan makanan dan lain-lain keperluan asas kepada pengundi Putrajaya.
“Masjid dan surau di Putrajaya tidak dilupakan untuk dibantu. Inilah pemimpin yang sentiasa berjiwa rakyat dan bersikap rasional,” katanya.

Baginya hubungan erat dengan rakyat adalah keutamaan dan sentiasa ikhlas dalam berkhidmat kepada masyarakat.
Menurut Mustapha, Ku Nan juga turut membantu kerja-kerja kebajikan NGO Antarabangsa di luar negara khususnya di Kemboja apabila Tengku Adnan turut membantu pembinaan masjid, sekolah Agama Tahfiz dan lain-lain kemudahan di negara itu.