Akaun Zest-i Maybank Islamic Berhad dengan ciri utama yang menawarkan hadiah bernilai RM5 juta sepanjang tahun kini kembali dengan hadiah utama termasuk wang tunai RM1 juta, kenderaan elektrik (EV), sebuah kondominium dan banyak lagi – semua dipilih berdasarkan maklum balas pelanggan.

Akaun Zest-i yang diperkenalkan pada tahun 2019 merupakan akaun pertama seumpamanya dalam Kumpulan Maybank yang menawarkan cabutan hadiah-hadiah menarik menerusi produk bagi memberikan nilai tambahan dan tawaran unik kepada pelanggan.

Sehingga Disember 2024, jumlah akaun yang dibuka telah mencecah 724,000. Pemilihan hadiah utama tahun ini dibuat berdasarkan tinjauan yang dijalankan di kalangan pelanggan dan bukan pelanggan Zest-i oleh Maybank Islamic tahun lalu, dengan tujuan untuk memahami hadiah idaman pelanggan.

Hadiah paling popular dalam senarai pilihan mereka adalah rumah, diikuti dengan kenderaan elektrik (EV) dan wang tunai.

“Di Maybank Islamic, kami percaya dalam meletakkan pelanggan sebagai keutamaan dalam setiap perkara yang kami lakukan. Keputusan tinjauan ini telah menjadi panduan pemilihan kami, memastikan pelanggan berpeluang memenangi ganjaran yang mereka idamkan.

“Selain itu, kami mahu pengalaman perbankan mereka bersama kami menjadi lebih bermakna dan penuh ganjaran,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic Dato’ Muzaffar Hisham dalam ucapannya pada majlis penyampaian hadiah Zest-i bagi hadiah utama pemenang FY2024, di Kuala Lumpur.

Dato’ Muzaffar juga mengumumkan bahawa bagi tahun 2025, hadiah wang tunai RM1 juta
akan dikekalkan, dan untuk menambah lagi daya tarikan serta mengambil kira maklum balas tinjauan, hadiah utama lain akan merangkumi sebuah hartanah di Kuala Lumpur serta sebuah EV – BYD Seal.

Dalam kategori bulanan, pemenang bertuah akan berpeluang membawa pulang hadiah-
hadiah hebat seperti wang tunai RM50,000, 14 unit iPhone 16 Pro, 14 hadiah wang tunai RM1,000 setiap satu, dan 30 hadiah wang tunai RM500 setiap satu.

Sementara itu, cabutan suku tahun menawarkan ganjaran yang lebih besar, dengan seorang pemenang bertuah akan membawa pulang Honda City Hatchback RS yang serba baharu.

Selain itu, cabutan ini juga termasuk hadiah wang tunai RM15,000, 14 hadiah wang tunai
RM5,000 setiap satu, 30 unit emas 5 gram melalui Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i) dan 30 hadiah wang tunai RM1,000 setiap satu.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini