Pengerusi NGO Antarabangsa merangkap Profesor Adjung Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dato’ Dr Mustapha Ahmad Marican mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Sarawak, hari ini.

Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan nasib bekas Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pesara polis yang berasal dari Semenanjung berkahwin dengan gadis tempatan yang menetap di Sarawak.

Beliau berkata, cadangan agar Kerajaan Sarawak dapat mempertimbangkan Visa K atau special Pas PR supaya mereka yang sudah berusia dan mempunyai jasa kepada Negeri Sarawak diberi kelonggaran untuk mendapatkan keistimewaan tersebut.

Turut disentuh juga berkaitan dengan pingat khas kepada Veteran ATM dan pesara polis yang pernah berkhidmat di zaman darurat era Komunis dulu yang masih hidup atau sebaliknya diberi pengiktirafan yang sewajarnya oleh Kerajaan Sarawak.

“Bekas Veteran ATM dan pesara polis yang tidak memiliki kediaman atau rumah dicadangkan agar Kerajaan Sarawak memberi kelonggaran syarat bagi mereka untuk memiliki rumah sendiri termasuk kaedah bayaran rendah yang dikenakan,” katanya.

Mustapha juga menawarkan diri untuk memberi ceramah kesukarelawan kepada persatuan, universiti atau kolej di Sarawak membabitkan bidang seperti motivasi, jati diri, menggelakkan diri dari Scammer, sukarelawan dan persediaan/tatacara temuduga Kerajaan.

Turut hadir semasa perjumpaan tersebut adalah penasihat persatuan Veteran Tentera Malaysia Sarawak dan Persatuan Veteran TLDM, Thomas Ling dan Veteran ATM, Suhaimi Abd Rashid dari Sibu, Sarawak.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini