Jenama teknologi global HONOR secara rasmi melancarkan AI Flagship Terbaik 2025, HONOR Magic7 Pro di Malaysia, hari ini bersama edisi mewah PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR.
HONOR Magic7 Pro mengetengahkan keupayaan AI canggih yang merevolusikan fotografi, meningkatkan kualiti paparan, dan memberikan prestasi perkakasan yang luar biasa. PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR menggabungkan teknologi berpusatkan manusia yang inovatif dengan rekaan menawan yang diinspirasikan oleh kereta sport premium.
Kedua-dua HONOR Magic7 Pro dan PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR didatangkan dengan prapemasangan aplikasi Google Gemini. Pembantu AI ini membolehkan pengguna menjana idea, mempelajari kaedah baharu, menulis emel, merancang acara dan banyak lagi.
Pada pelancaran flagship ini, HONOR juga memperkenalkan HONOR Watch 5 dan HONOR Earbuds Open. Dua peranti ini pelengkap sempurna untuk HONOR Magic7 Pro, menawarkan gaya hidup bersepadu dan sesuai untuk semua keadaan.
Prapesanan HONOR Magic7 Pro sekarang!
HONOR Magic7 Pro tersedia dalam dua konfigurasi iaitu 12GB RAM dengan storan 512GB pada harga RM4,599, dan 16GB RAM dengan storan 1TB pada RM5,199. Peranti ini didatangkan dalam tiga warna premium iaitu Lunar Shadow Grey, Breeze Blue, dan Black. Pengguna boleh membuat prapesanan bermula sekarang sehingga 3PM, 16 Januari 2025 di kedai HONOR Store di seluruh negara, kedai dalam talian HONOR Malaysia, Shopee, Lazada, TikTok Shop, dan pengedar rasmi Senheng, SenQ, Urban Republic dan Harvey Norman.
Pembeli yang membuat prapesanan akan menerima hadiah percuma bernilai RM2,096 yang termasuk HONOR Watch 5, pemegang pengecas wayarles HONOR SuperCharge, Waranti Lanjutan 1 Tahun dan Penggantian Satu Sama Satu 180 Hari. Rebat segera RM200 juga akan diberikan setelah pembayaran penuh dilakukan.
Sebagai tambahan, prapesanan varian 1TB HONOR Magic7 Pro juga boleh dibuat menerusi Maxis dan CelcomDigi. Dapatkan HONOR Magic7 Pro dengan CelcomDigi ONE Ultra/ Pro dari hanya RM56 sebulan menerusi Easy360! Menerusi Maxis, peranti ini boleh diprapesan pada RM125 setiap bulan dengan pelan Maxis Postpaid 109 menerusi Zerolution. Maklumat lanjut mengenai pakej pascabayar HONOR Magic7 Pro tersebut boleh kunjungi laman sesawang rasmi Maxis dan CelcomDigi.
Prapesanan PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR dan dapatkan hadiah percuma bernilai RM1,597
Dicipta untuk mengubah kehidupan harian melalui inovasi AI yang terunggul, PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR didatangkan dengan RAM 24GB dan storan 1TB pada RM6,999. Telefon pintar ini akan tersedia dalam dua warna premium menarik iaitu Provence dan Agate Grey.
Prapesanan PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR bermula sekarang hingga 23 Januari 2025 dan pembeli akan membawa pulang hadiah bernilai RM1,597 yang terdiri daripada Waranti Lanjutan 1 Tahun dan Penggantian Satu Sama Satu 180 Hari dan pemegang pengecas wayarles HONOR SuperCharge.
Menariknya, dengan tambahan RM9.90, pembeli boleh mendapatkan HONOR Watch 5 dan tawaran eksklusif ini hanya sah semasa tempoh prapesanan, selagi stok masih ada. Prapesanan PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR boleh dilakukan di kedai HONOR Store terpilih dan kedai dalam talian HONOR Malaysia.
Jualan HONOR Watch 5 dan HONOR Earbuds Open bermula 17 Januari 2025
Pengguna boleh padankan HONOR Magic7 Pro mereka dengan HONOR Watch 5 dan HONOR Earbuds Open untuk kemudahan dan hiburan sepanjang hari. Kedua-dua peranti ini akan tersedia untuk pembelian pada 17 Januari 2025 di HONOR Store, kedai dalam talian HONOR Malaysia, Lazada dan Shopee.
Direka untuk keanggunan dan kefungsian, HONOR Watch 5 mempunyai jangka hayat bateri ultra lama sehingga 15 hari, penjejakan GPS yang tepat dan imbasan kesihatan satu klik untuk memantau kadar denyutan jantung, tahap tekanan dan tahap oksigen dalam darah. Jam pintar ini berharga RM599 dengan tali silikon dalam warna Gold dan Black. Selain itu, HONOR Watch 5 juga percuma dengan pembelian HONOR Magic7 Pro.
HONOR Earbuds Open menembusi sempadan bahasa dengan sokongan perbualan masa sebenar melalui ciri AI Live Translation yang berupaya menterjemah sehingga 15 bahasa.
Ciri ini menyokong telefon pintar HONOR yang dioperasikan oleh MagicOS 9.0 dan akan dilanjutkan ke peranti-peranti lain pada Mac 2025. Direka daripada bahan silikon yang lembut, hipoalergen dan mesra kulit, alat pendengar ini mengutamakan keselesaan untuk semua jenis kulit. HONOR Earbuds Open tersedia dalam warna Polar Gold dan Polar Black pada RM699.
HONOR Magic7 Pro merevolusikan pengalaman fotografi dengan AI HONOR Image Engine
HONOR Magic7 Pro menyampaikan pengalaman fotografi yang luar biasa dengan Sistem Kamera AI Falcon HONOR yang termaju. Sistem ini menampilkan Kamera Utama Super Dynamic Falcon 50MP dengan sensor 1/1.3 inci terbesar dalam industri dan apertur boleh laras f/1.4 yang boleh menangkap butiran lebih halus dan kecerahan dalam apa jua keadaan cahaya.
Kamera Lebar 50MP meluaskan pandangan penglihatan untuk landskap dan gambar berkumpulan. Manakala Kamera Ultra-telefoto 200MP dengan apertur f/2.6 besar dan sensor 1/1.4 inci terbaik dalam menangkap objek jauh dan pandangan malam yang menawan, walaupun dalam keadaan cahaya yang mencabar.
AI HONOR Image Engine pada HONOR Magic7 Pro, dengan model Light and Shadow Portrait, Capture Enhancement dan Telephoto Enhancement menghasilkan pengimejan yang canggih dan pintar. Peranti ini menawarkan pelbagai ciri fotografi canggih, bermula dengan mod Harcourt Portrait untuk menghasilkan potret kreatif dengan pencahayaan yang dipertingkatkan, AI Enhanced Portrait untuk definisi ultra-tinggi dan warna yang hidup, AI Super Zoom pula membolehkan tangkapan jelas dari jarak 30x hingga 100x.
AI Motion Sensing Capture menangkap detik-detik indah dengan kejelasan yang luar biasa, manakala HD Burst Shot mampu merakam aksi berkelajuan tinggi pada 10 bingkai sesaat.
Peningkatan perkakasan flagship HONOR Magic7 Pro
HONOR Magic7 Pro hadir dengan peningkatan perkakasan yang ketara berbanding model terdahulu. Peranti ini mengutamakan keselesaan mata dan pengalaman melihat yang lebih sihat dengan Paparan Keselesaan Mata Cahaya Semula Jadi AI HONOR. Paparan ini telah diiktiraf oleh TÜV Rheinland dengan pensijilan Paparan Penjagaan Penuh 4.0, Circular Polarization dan Bebas Kerlipan.
Selain itu, paparan ini hadir dengan ciri-ciri seperti Circular Polarized Display yang menambah baik serapan lutein sehingga 52% dan mengurangkan keletihan mata sehingga 16%, Pemalapan PWM 4320Hz, Pemalapan Dinamik termasuk Paparan Tona Semula Jadi untuk pengalaman melihat yang selesa.
Teknologi Perkakasan Cahaya Biru Rendah juga mengurangkan cahaya biru yang memudaratkan, sementara Paparan Sirkadia Malam membantu mengawal penghasilan melatonin untuk kualiti tidur yang lebih baik. Lebih lanjut, HONOR Magic7 Pro juga dilengkapi Paparan Defocus AI yang mengurangkan ketegangan mata dan rabun dekat.
Peranti ini mempunyai bateri karbon silikon generasi ketiga HONOR berkapasiti 5850mAh yang menawarkan prestasi dipertingkatkan dan reka bentuk lebih nipis.
Ia menyokong pengecasan berwayar 100W dan wayarles 80W HONOR SuperCharge, membolehkan pengecasan penuh berwayar dalam 33 minit sahaja. Cip HONOR E2 4 dalam 1 yang bersepadu pula mengoptimumkan pengurusan kuasa, kesihatan bateri dan menyelaras arus berdasarkan persekitaran dan beban kerja.
Seterusnya, HONOR Magic7 Pro turut menawarkan pengalaman audio yang mengagumkan melalui Stereo Speaker dengan rongga bunyi ultra-besar, keruangan audio, dan algoritma bass yang dipertingkatkan. Dari segi ketahanan, paparan peranti ini dibina dengan Anti-Calar 10X dan Perisai NanoCrystal Jatuhan yang tahan lasak, serta ciri kalis debu dan air.
Dikuasakan cip pemprosesan Snapdragon® 8 Elite untuk grafik setaraf komputer dan permainan yang lancar, HONOR Magic7 Pro dilengkapi dengan MagicOS 9.0 baharu yang menawarkan antara muka diperibadikan dan pintar bagi mengintegrasikan AI ke dalam tugasan harian dengan lancar. MagicOS 9.0 menyediakan ciri-ciri AI terbaharu seperti Magic Portal 2.0, AI Deepfake Detection, AI Notes, AI Summary, AI Format, AI Minutes, AI Translate, AI Cutout, dan AI Super Zoom.
PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR, mentakrif semula kecanggihan yang sporty dengan sistem kamera lebih berkuasa
PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR adalah hasil kerjasama terbaru antara HONOR dan Porsche Design. Telefon mewah ini hadir dengan rekaan yang diinspirasikan oleh kereta sport premium dan menggabungkan rekaan kamera bersimetri daripada siri flagship HONOR Magic dengan sentuhan estetika automotif yang elegan.
Inspirasi daripada jalur aerodinamik Taycan Turbo S jelas kelihatan pada modul kamera heksagonal ikonik yang menyerupai lampu hadapan kereta sport.
Modul ini dilindungi oleh kaca 3D yang mirip lengkungan cermin hadapan Porsche. Garis Peak Line yang jelas pada peranti ini pula menyerupai jalur hud kereta Porsche. PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR menggabungkan warisan mewah Porsche Design dengan teknologi tercanggih, direka untuk mentakrifkan semula inovasi dalam dunia telefon pintar.
PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR membawakan tetapan tiga kamera belakang canggih iaitu Kamera Utama Super Dynamic Falcon H9800 50MP, Kamera Telefoto Periskop 200MP dan Kamera Lebar 50MP, sesuai untuk penggemar fotografi yang mencari pengalaman pengambilan gambar setara profesional.
Dilengkapi dengan sensor 1/1.4 inci yang termaju dan apertur f/1.88 terbesar dalam industri, kamera telefoto menyaingi prestasi lensa telefoto profesional.
Sistem LiDAR Matrix Autofocus dengan 1200 Points LiDAR Matrix meningkatkan lagi ketepatan fokus, kelajuan, dan cakupan jejakan bagi memastikan tangkapan gambar objek bergerak yang lebih jelas dan nyata. Dengan penggerak fokus elektromagnetik berkembar, kuasa fokus akan meningkat secara mendadak.
Peranti flagship ini akan tersedia dalam dua warna luaran asli Porsche yang menawan – Provence yang baharu iaitu warna ungu moden yang menambahkan sentuhan flamboyan pada rekaan yang berfungsi dan bersih, serta Agate Grey yang klasik, iaitu tona warna yang sporty tetapi tetap elegan.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau laman sesawang HONOR di https://www.honor.com/my/.