Jenama teknologi global HONOR dan jenama gaya hidup eksklusif Porsche Design mentakrif semula pengalaman telefon pintar premium dengan kolaborasi terkini PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR.
Menerusi kerjasama rentas industryi menggabungkan prestasi cemerlang dengan rekaan kemewahan abadi, menghasilkan telefon pintar edisi istimewa bagi memenuhi keperluan pengguna moden yang menilai prestasi hebat, fotografi dinamik, serta rekaan termaju yang berfungsi.
Mengetengahkan teknologi tercanggih, PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR merupakan satu anjakan besar dalam inovasi telefon pintar dengan keupayaan AI. Daripada pengimejan yang dipertingkatkan, paparan berkualiti sehingga ke interaksi dan prestasi sistem yang dioptimumkan, peranti ini menyepadukan AI dengan lancar bagi memberikan platform pintar yang diperibadikan dan adaptif, sekali gus merevolusikan pengalaman pengguna.
Mentakrif Semula Kecanggihan ‘Sporty’ dengan Rekaan Inspirasi Kereta Sport Porsche
PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR menggabungkan nilai estetika Porsche Design yang ‘sporty’ dan ikonik dengan kualiti hebat.
Peranti ini juga menampilkan modul kamera bersimetri flagship HONOR Magic sambil menyepadukan trend rekaan kereta sport terkini, meraikan unsur dinamik dan elegan yang lebih hebat.
Gandingan inovasi dan warisan ini membawakan satu tarikan unik, dengan rekaan hebat diketengahkan oleh ciri kerangka tengah yang menonjol, yang mirip kepada bentuk jalur
hud berkilat yang terdapat pada kebanyakan kereta sport Porsche.
Ciri ini memantapkan lagi tarikan visual dan ergonomik, memberikan pegangan yang lebih
selesa dan kukuh. Selain itu, telefon ini juga menampilkan model kamera heksagon yang diinspirasi daripada komponen berprestasi tinggi kereta sport tersebut dan memperlihatkan estetika aerodinamik Porsche Taycan Turbo S.
Susunan bersimetri empat unit pengimejannya terdiri daripada tiga kamera dan satu elemen grafik yang mirip lampu hadapan kereta sport, dilindungi oleh kaca 3D yang menyerupai lengkungan cermin hadapan Porsche.
Ini menghasilkan permukaan lebih halus dan mewah bagaikan kereta sport pada PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR, seterusnya memberikan pengalaman visual dan sentuhan yang lebih mantap.
Memanfaatkan Inovasi Rentas Industri untuk Fotografi Telefoto Periskop
PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR akan menampilkan kamera yang lebih dipertingkatkan, menerajui prestasi fotografi secara cemerlang dengan kamera periskop
hebat beserta motor fokus elektromagnetik berkembar untuk fokus lebih baik.
Saiz aperturnya yang menerajui industri akan menangkap lebih banyak cahaya dan butiran
dalam setiap tangkapan. Selain kamera, PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR juga membawakan perkakasan dan perisian yang dinaik taraf secara signifikan.
Dikendalikan oleh sistem pengoperasian MagicOS 9.0 yang canggih, telefon pintar ini dilengkapi dengan ciri-ciri pintar yang direka untuk memenuhi pelbagai keperluan pengguna, daripada tugasan harian telefon pintar, hiburan, komunikasi, menyunting
gambar, dan tugasan profesional.
Ikuti pelancaran PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR serta HONOR Magic7 Pro menerusi penstriman langsung di laman Facebook rasmi HONOR Malaysia pada jam 2 petang, 9 Januari 2025.
Untuk maklumat lanjut mengenai PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR, sila layari laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau laman sesawang HONOR di https://www.honor.com/my/.