Pengerusi NGO Antarabangsa yang juga Prof Adjung Universiti Malaysia Terengganu dan Kolonel Bersekutu APM, Dato Dr Mustapha Ahmad Marican berkata, banjir fasa 1 telah melanda Terengganu, Kelantan, Kedah dan beberapa buah negeri lain di Semenanjung Malaysia.
Beliau berkata, kesedaran pada masyarakat dan langkah yang perlu diambil untuk keselamatan diri keluarga dan harta benda perlu diberi penekanan agar bencana ini yang berlaku setiap tahun ini dapat dikurangkan kehilangan nyawa serta harta benda.
“Saya juga berharap sukarelawan dari universiti yang berada di negeri yang terbabit dengan bencana banjir perlu digerakkan untuk membantu pasukan keselamatan seperti pasukan Angkatan Pertahanan Malaysia, Bomba, PDRM dan Tentera.
“Golongan graduan ini hanya sebagai pasukan sokongan melakukan tugas seperti agihan bantuan makanan dan lain-lain keperluan. Di penempatan banjir, pihak universiti dan kolej negeri masing-masing boleh memainkan peranan ini manakala usahawan yang memiliki lebihan peruntukan digalakkan untuk menderma kepada mangsa banjir sebaiknya disalurkan kepada berkuasa yang terbabit,” katanya.






































