Ferrero Rocher kembali menceriakan penghujung tahun dengan penuh magis menerusi pelancaran kempen Gift of Appreciation, yang menampilkan koleksi terbaharu – Ferrero Rocher Origins, bersama pelbagai pengalaman keemasan yang menyeronokkan, sekaligus menjadi sebuah hadiah istimewa yang berada dalam kelasnya yang tersendiri.

Musim Krismas ini, Ferrero Rocher bersinar dengan pelancaran koleksi terbaru Premium Dark Assortment – Ferrero Rocher Origins. Dalam dunia coklat, koleksi ini bukan sekadar sebuah pemanis mulut, tetapi sebuah perjalanan penuh kenikmatan.

Setiap praline menawarkan keseimbangan sempurna dengan gabungan biji koko terpilih dari pelbagai asal, dilapisi coklat gelap premium, serta ciri unik Ferrero Rocher iaitu kacang hazel penuh yang dipanggang dan kulit wafer yang rangup.

Koleksi ini menampilkan tiga variasi coklat gelap yang unik: 50% Coklat Gelap dari Ghana, dengan rasa buah-buahan dan kehalusannya; 65% Coklat Gelap dari Ecuador, yang terserlah dengan ciri yang elegan dan seimbang; serta 80% Coklat Gelap dari Ivory Coast, sesuai untuk pencinta coklat yang menggemari rasa yang lebih pekat dan beraroma.

Direka untuk memenuhi citarasa semua penggemar coklat, koleksi ini menjanjikan pengalaman coklat yang benar-benar luar biasa.

Ferrero Rocher Origins kini boleh didapati di semua pasar raya besar seperti Giant, Lotus, dan AEON BiG, pasar raya terpilih, Watsons, Guardian, 7-Eleven, 99 Speedmart, serta Kedai Rasmi Ferrero di Shopee dan Lazada.

Sempena musim perayaan dan sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan daripada para peminatnya yang dihargai, Ferrero Rocher dengan sukacitanya mengundang orang ramai ke Bengkel Gift of Appreciation.

Dalam bengkel ini, peserta berpeluang mencipta Dome Pokok Christmas yang premium dan elegan. Pengalaman interaktif ini membolehkan para hadirin meneroka kreativiti mereka sambil menghasilkan hiasan unik yang sempurna sebagai hadiah istimewa sepanjang musim perayaan ini.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini