IJM Land memperkenalkan Lightwater Residences, lambang kehidupan mewah pesisir pantai di Pulau Pinang, sebuah pembangunan eksklusif bersepadu yang dimajukan di The Light City.
Terletak di salah satu kawasan paling diidamkan di negeri ini, Lightwater Residences
menawarkan gaya hidup mewah dengan akses kepada kemudahan tiada tandingan dan tarikan yang terbaik.
Pembangunan yang menggabungkan pesona warisan Pulau Pinang dengan elegan moden yang terletak berhampiran George Town, Zon Perdagangan Bebas Bayan Lepas, dan tanah besar ini, dijangka dapat memenuhi keperluan pemilik rumah Malaysia, pelabur bijak, dan ekspatriat yang mencari lokasi mewah.
The Light City meliputi kawasan pembangunan seluas 32.76 ekar yang diiktiraf sebagai projek usaha sama tepian laut bersepadu terkemuka di Pulau Pinang dan rantau ini. Pembangunan ini dimajukan hasil usaha sama oleh IJM Corporation Berhad dan Perennial Holdings Private Limited yang berpangkalan di Singapura.
Pembangunan yang direka untuk memenuhi keperluan komuniti tempatan dan antarabangsa ini menawarkan kawasan kediaman, pusat komersial, dan ruang rekreasi tepi laut yang sofistikated, pendekatan yang mengetengahkan intipati kehidupan kosmopolitan dengan suasana santai di pesisir pantai.
Standard Baharu
Dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM 694 juta, Lightwater
Residences yang dibangunkan di atas tanah utama seluas 2.87 ekar berstatus pegangan bebas ini, menetapkan penanda aras baharu kepada kehidupan mewah di tepian laut.
Pembangunan berkepadatan rendah ini menawarkan hanya 262 unit eksklusif melalui dua menara kristal setinggi 34 tingkat yang direka dengan elegan, menggabungkan kediaman mewah dan ketenangan peribadi.
Lightwater Residences, dengan konsep “Kehidupan Kosmopolitan Mewah di Tepi Laut,”
menawarkan pengalaman terbaik dengan adunan sempurna antara kecanggihan bandar dan keindahan pantai yang menenangkan. Reka bentuk kristalnya mencerminkan air berkilauan di Selat Pulau Pinang, melengkapkan keharmonian seni bina moden bersama landskap semula jadi yang memukau.
Pemilihan rangka cermin bermula dari bahagian lantai hinggalah ke siling membentuk bahagian depan kediaman dipadankan dengan pemandangan menakjubkan Selat Pulau Pinang dan Jambatan Pulau Pinang yang ikonik. Ia mengubah pemandangan harian dengan keindahan pantai, bagaikan memberi tenaga yang menyegarkan dari laut tropika.
Setiap unit kediaman direka dengan teliti untuk memenuhi pelbagai gaya hidup, dengan saiz unit yang eksklusif antara 1,152 kaki persegi hingga 3,186 kaki persegi. Setiap perincian yang ditekankan bertujuan untuk meningkatkan rutin harian dan menawarkan pengalaman yang luar biasa.
Bermula daripada lobi, lif peribadi eksklusif hingga susun atur yang luas, ia mengetengahkan kehidupan dalam dan luar yang lebih lancar, dengan reka bentuk yang
mencerminkan konsep kediaman lebih mewah bersama ruang tamu yang direka dengan teliti bagi melengkapkan keperluan penghuninya.
Balkoni yang luas bersambung dengan ruang tamu, membolehkan penghuni menikmati
pemandangan laut yang menakjubkan dari kediaman mereka. Ruang ini direka sebagai tempat istirahat tepi laut yang mewujudkan ekosistem mewah kosmopolitan. Keistimewaan ini amat diidamkan oleh golongan elit yang mahu merasai pengalaman secara peribadi.
Secara ringkasnya, Lightwater Residences melengkapkan intipati gaya hidup global terbaik
dengan aspek dalaman yang canggih, kemudahan moden, dan ruang luaran yang tenang.
Pembangunan ini menetapkan penanda aras baharu dalam aspek kemewahan yang
dilengkapkan dengan pesona pantai unik Pulau Pinang.
Dengan tumpuan terhadap privasi dan eksklusitiviti, Lightwater Residences mengubah kehidupan harian menjadi pengalaman panorama pantai yang mengasyikkan, tanpa berkompromi dengan kemudahan bandar, sekali gus membolehkan penghuni menikmati gaya hidup yang harmoni di tepi laut.