Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional mengumumkan inisiatif kelestarian terbaharu dengan penambahan 1,092 unit motosikal elektrik ke dalam armadanya.

Langkah ini merupakan hasil kerjasama dengan Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (“MODENAS”), pemasang MEV-1 PRO, dan penyedia program pajakan DRB-HICOM EZ-Drive Sdn Bhd (“AVIS”) yang menunjukkan komitmen seluruh kumpulan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih bersih dan hijau.

Pengembangan armada ini menyokong komitmen Pos Malaysia untuk mencapai elektrifikasi
sepenuhnya bagi armada penghantaran jarak pertama dan terakhirnya menjelang 2030, selaras dengan sasaran Sifar Bersih menjelang 2050.

Motosikal-motosikal ini akan dihantar secara berperingkat dan akan menyertai armada kenderaan elektrik sedia ada milik syarikat, termasuk 220 motosikal elektrik dan 143 van elektrik.

Selain 1,092 motosikal elektrik MODENAS yang terkini, Pos Malaysia juga dijangka menambah van elektrik baharu ke dalam armadanya yang semakin berkembang pada tahun depan, mengukuhkan fokus berterusan syarikat dalam mengurangkan emisi kenderaan dan mencapai penghantaran hijau 100% untuk jarak pertama dan terakhir menjelang 2030.

Armada baharu motosikal elektrik yang dijadualkan dihantar kepada Pos Malaysia secara
berperingkat akan melengkapkan 220 buah motosikal elektrik serta 143 buah van elektrik yang sudah beroperasi dalam rangkaian penghantaran syarikat.

Selain itu, MODENAS akan memperluas ketersediaan motosikal EV untuk pasaran
B2C, dengan model yang lebih mampu milik akan dilancarkan pada Suku Pertama 2025 dan akses B2C yang lebih luas dirancang untuk Suku Kedua 2025.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini