AEON Bank (M) Berhad (“AEON Bank”), bank digital Islamik pertama di Malaysia telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Malaya (UM), universiti
awam terulung di negara ini.

MoU tersebut melambangkan usaha ke arah memacu kolaborasi industri – akademik antara Universiti Malaya dan rakan-rakan industri terpilih termasuk AEON Bank, Calisto, China State Construction Engineering, Hirose Electric, Medika Natura, Kibing Solar, Nutrigene Modern Sciences, Petron, PMB Silicon, Prasarana Malaysia, and Tomei Gold & Jewellery.

Pada majlis menyampaian MoU di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Convention Centre), AEONBank telah diwakili oleh Timbalan CEO dan Ketua Pegawai Pengurusan Korporat, Tsutomu Kamagata; di samping Ketua Pegawai Strategi dan Ketua Perbankan Peribadi, Ajith Jayaram; manakala Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) Universiti Malaya, Prof. Ir. Dr. Ramesh Singh Kuldip Singh telah merasmikan
majlis tersebut, bagi pihak Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman.

“Digitalisasi merupakan masa hadapan sektor kewangan, maka MoU ini akan memacu sinergi dinamik antara AEON Bank dan Universiti Malaya yang akan memberi manfaat kepada ribuan para pelajar. Ia akan membuka peluang yang lebih luas untuk meneroka program khusus teknologi dan inisiatif kewangan patuh Syariah, di samping menggandakan inisiatif literasi kewangan bersama para pelajar.

Kesemua ini adalah pemacu utama bagi memperkasakan generasi yang lebih inklusif serta berdaya saing yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan. Di samping itu, kami juga berhasrat dapat mengoptimumkan kepakaran Universiti Malaya dalam
bidang penyelidikan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AEON Bank (M) Berhad, YM Raja Teh Maimunah.

Berucap pada majlis tersebut, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), YBrs. Prof. Ir. Dr. Ramesh Singh Kuldip Singh menekankan, “MoU ini adalah komitmen bersama kami untuk memajukan kerjasama dalam pelbagai bidang seperti penyelidikan dan kajian inovatif, geran, pembangunan pelajar, latihan kakitangan, biasiswa, serta program berasaskan komuniti.

“Perkongsian yang terjalin melalui perjanjian ini akan meningkatkan keupayaan penyelidikan kami, sambil membuka jalan untuk penemuan yang akan memberdayakan pelajar kami dan memberi manfaat kepada masyarakat. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pemain industri atas komitmen mereka, dan saya teruja tentang kemungkinan yang akan datang,” katanya.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini