Zurich Malaysia baru-baru ini telah mengakhiri sambutan ‘Bulan Iklim’ tahunan kali keempat dengan mengukuhkan komitmennya terhadap kemampanan demi memelihara bumi.
Diadakan pada setiap September sejak tahun 2021, ‘Bulan Iklim’ yang disambut
oleh kumpulan Zurich di seluruh dunia mencerminkan misi berterusan jenama itu untuk meningkatkan kesedaran tentang kesan perubahan iklim, serta langkah-langkah yang boleh diambil bagi membina masa depan yang lebih cerah dan lebih hijau untuk semua.
Ketua Pemasaran dan Komunikasi Jenama Zurich Malaysia, Erin Hwang berkata, “Semasa kami mengakhiri sambutan ‘Bulan Iklim’ tahun ini, kami merenung kembali kemajuan yang telah kami capai dalam usaha menuju ke arah masa depan yang lebih mampan.
Daripada memperkasakan komuniti menerusi inisiatif pembinaan rumah yang mampan hinggalah kepada projek pemuliharaan alam sekitar, kami sentiasa fokus dalam mengambil tindakan yang bermakna, berimpak besar, dan berkekalan.
Melalui usaha yang konsisten, kita boleh dan akan menyaksikan perubahan positif dari segi kualiti kehidupan komuniti kita dan kesejahteraan bumi kita, dalam misi kami untuk melindungi segala perkara yang bermakna buat rakyat Malaysia.”
Ke arah mencapai matlamat sifar bersih menjelang 2050 menerusi Pelan Peralihan Iklim Zurich kesan perubahan iklim dijangka menjadi semakin kerap dan lebih buruk dalam tempoh beberapa tahun akan datang.






































