Maybank Islamic dengan kerjasama pemaju hartanah Gamuda Land dan pakar cabinet dapur Unity Kitchen, baru-baru ini telah melancarkan promosi eksklusif dengan pakej reka bentuk dalaman percuma bernilai hingga RM68,888 untuk bakal pemilik rumah HouzKEY di Quayside Plazas Serviced Apartments sebuah projek baharu di twentyfive7, Kota Kemuning, Selangor.
Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan pengalaman pembelian rumah bagi pelanggan
HouzKEY, dengan menyediakan bukan sahaja pilihan pembiayaan yang mampu milik tetapi
juga ruang kediaman yang direka indah dan sedia untuk diduduki sebaik sahaja siap.
Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) telah diadakan di twentyfive7
Experience Gallery di Telok Panglima Garang, ditandatanagni oleh Ahmad Shareza Abdul
Rahman, Ketua Maybank Ventures, mewakili Maybank Islamic, Suzan Ong Shiow Shin,
Pengurus Besar twentyfive7, Gamuda Land dan Ketua Pegawai Eksekutif Unity Kitchen,
Erny Looi.
Kerjasama ini menandakan satu bentuk kolaborasi yang signifikan dalam menjadikan
pemilikan rumah lebih mudah diakses. Seramai 40 pelanggan yang mendaftar untuk unit
HouzKEY dalam tiga bulan akan datang layak untuk pakej reka bentuk dalaman percuma,
mengurangkan beban kos pengubahsuaian dan menyediakan rumah sedia untuk diduduki.
Ahmad Shareza Abdul Rahman berkata, “Kami sangat berbesar hati dengan kerjasama
inovatif bersama Gamuda Land dan Unity Kitchen ini. Melalui tawaran yang menarik ini,
pembeli rumah pertama kali dan mereka yang ingin menaik taraf kini boleh memiliki
rumah tanpa bimbang tentang kos awal yang tinggi.
“Inisiatif ini memberikan lebih banyak fleksibiliti dan kecekapan aliran tunai, yang direka khas untuk membantu mereka yang ingin menjadi pemilik rumah tetapi menghadapi kekangan bajet.”
Promosi ini bukan sahaja menekankan komitmen Maybank Islamic HouzKEY untuk menyokong rakyat Malaysia dalam memiliki rumah tetapi juga sejajar dengan hala tuju
strategik Kumpulan Maybank dalam kewangan Islam yang berorientasikan pelanggan dan
kelestarian.
HouzKEY menyediakan penyelesaian pemilikan rumah yang lancar, terutamanya bagi pembeli kali pertama dan pelabur hartanah. Fleksibilitinya sangat sesuai dengan profil
pembeli Quayside Plazass Serviced Apartments di twentyfive7, yang memenuhi keperluan
individu yang mencari kediaman peribadi.