Sejajar dengan komitmennya untuk menyantuni rakyat Malaysia yang memerlukan, Nestlé Malaysia sekali lagi berganding bahu dengan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) untuk menyokong usaha bantuan banjirnya sepanjang musim monsun.

Inisiatif tahunan ini telah bermula di Kedah, dengan lebih 8,000 orang kini mendapatkan perlindungan di pusat-pusat bantuan banjir akibat banjir besar yang melanda baru-baru ini.

Nestlé Malaysia dan sukarelawan MRCS telah digerakkan ke lokasi untuk membantu membungkus dan mengagihkan kotak bantuan makanan yang mengandungi produk-produk Nestlé seperti MILO, MAGGI, KOKO KRUNCH, dan NESTLÉ OMEGA PLUS di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kedah, untuk menyediakan bekalan makanan segera kepada mangsa banjir.

Sebagai sebahagian daripada sokongan berterusan Nestlé kepada usaha bantuan banjir, Syarikat telah menyumbang RM2 juta kepada MRCS setakat tahun ini untuk digunakan bagi mengukuhkan kesiapsiagaan banjir pada musim monsun semasa.

Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, berkata, kerjasama kukuh dengan PBMS membolehkan kami bertindak balas pantas kepada keperluan komuniti yang terdesak akibat banjir.

“Bermula di Kedah, kami sedia memberikan sokongan di mana perlu, mengukuhkan komitmen kami untuk menabur bakti dan menaikkan semangat rakyat Malaysia terutamanya dalam suasana yang mencabar,” katanya.

Yang Teramat Mulia Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Pengerusi PBMS, mengulas, “Kerjasama kukuh kami dengan Nestlé Malaysia amat berharga dalam misi kami untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukan.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini