AGAPE ATP Corporation (ATPC), memperoleh semula pematuhan keperluan harga bida minimum USD1 di bawah keperluan penyenaraian berterusan Nasdaq Stock Market LLC (Nasdaq).
Berikutan itu, semua isu yang berkaitan sebelum ini telah berjaya diselesaikan.
Pada 17 September 2024, Syarikat menerima notis bertulis daripada Jabatan Kelayakan Penyenaraian Nasdaq yang mengesahkan bahawa harga tawaran penutupan saham biasa syarikat adalah USD1 sesaham atau lebih untuk 10 hari dagangan berturut-turut, dari 30 Ogos 2024 hingga 16 September, 2024.
Sehubungan itu, syarikat telah berjaya memperoleh semula pematuhan Peraturan Penyenaraian Nasdaq 5550(a)(2).