Zurich Malaysia telah meraih pengiktirafan melalui enam anugerah berprestij di ‘Insurance Asia News Awards’ dan ‘Asia Insurance Awards’, sekaligus membuktikan komitmen syarikat terhadap inovasi digital serta inisiatif yang mengutamakan pelanggan.

Penghargaan ini menyerlahkan kepimpinan Zurich Malaysia dalam sektor insurans dan
takaful.

Zurich Malaysia dinobatkan sebagai ‘Best Life Insurer’, bukti dedikasinya dalam menyediakan penyelesaian insurans hayat dan takaful keluarga yang terbaik. Fokus syarikat terhadap kemampanan, penglibatan komuniti, dan penawaran produk yang inovatif telah menjadikannya berbeza.

Di bawah kepimpinan Junior Cho, Ketua Pegawai Eksekutif Negara/Ketua Zurich Malaysia, syarikat itu telah mengutamakan keperluan pelanggan dan transformasi digital.

Junior melahirkan penghargaannya terhadap anugerah ‘Outstanding CEO’ yang diterima, dengan berkata, “Anugerah ini bukan sahaja pengiktirafan terhadap usaha kami yang terdahulu tetapi juga motivasi untuk kami terus melangkau sempadan.

Selain itu, anugerah ini juga adalah untuk 1,500 kakitangan Zurich di seluruh Malaysia, yang mendedikasikan usaha serta kerja keras mereka dalam meletakkan pelanggan sebagai keutamaan. Kami akan terus komited untuk menyediakan penyelesaian inovatif
yang memenuhi kepelbagaian keperluan rakyat Malaysia, memastikan mereka dilindungi dan diperkasa dalam semua aspek kehidupan.”

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini