HONOR Malaysia telah memuatnaik dua video di laman Facebook rasminya mengetengahkan HONOR Magic V3 yang amat nipis, mempunyai ketahanan luar biasa, didatangi ciri-ciri AI generasi baharu serta keupayaan multitugas yang berkuasa.
HONOR Magic V3 mampu bersaing dan melangkaui prestasi Samsung dan Apple dengan ketebalan hanya 4.35mm semasa dibuka dan 9.2mm apabila dilipat. Dengan berat hanya 226g, peranti boleh lipat ini berjaya mengatasi kebanyakan telefon flagship bar dengan reka bentuknya yang nipis dan ringan.
Ini sekaligus memberikan keyakinan kepada HONOR untuk bersaing secara setara dengan kedua-dua gergasi teknologi tersebut.
Video pertama yang dikeluarkan hari ini menunjukkan seorang pengguna HONOR Magic V3 meyakinkan rakannya yang sedang beratur untuk membeli iPhone terkini untuk bertukar kepada telefon boleh lipat.
Dia menjelaskan kelebihan skrin besar HONOR Magic V3 yang berfungsi seperti komputer riba mini, membolehkan fungsi multitugas menjadi lebih cekap dengan ciri skrin pisah.
Seorang lagi pengguna iPhone turut tertarik dengan ciri-ciri menarik pada HONOR Magic V3, terutamanya setelah rakannya memberitahu tentang kapasiti ultra besar bateri telefon ini yang mampu bertahan lama dan sangat sesuai untuk bermain permainan mudah alih.
HONOR Magic V3 didatangi dengan Bateri Karbon Silikon Generasi Ketiga 5,150mAh yang besar, disokong oleh pengecasan berwayar 66W dan tanpa wayar 50W HONOR SuperCharge.
Dalam adegan berikutnya, seorang pelancong menggunakan ciri penterjemahan Face to Face Translation pada HONOR Magic V3 dalam Bahasa Sepanyol untuk bertanyakan arah ke medan selera, seterusnya menarik minat seorang lagi pengguna iPhone.
Ciri penterjemahan masa sebenar ini antara keupayaan AI yang terdapat pada HONOR Magic V3, termasuk AI Eraser dan HONOR Notes, semuanya dikuasakan oleh Google Cloud.
Video kedua pula menuruti garis masa daripada tahun 2021 ke 2024 mengetengahkan dua rakan, seorang pengguna iPhone dan seorang lagi pengguna Samsung Z Fold saling membandingkan peranti mereka.
Walaupun pengguna iPhone mengagumi skrin besar Z Fold, ketebalan peranti tersebut belum mampu meyakinkannya untuk menukar peranti berbanding telefon miliknya.
Pada 2024, pengguna iPhone tersebut akhirnya menaik taraf kepada HONOR Magic V3 dan dengan bangga menunjukkan rekaan nipis peranti boleh lipat itu kepada rakannya yang memiliki Z Fold terbaharu.
Video ini berakhir apabila HONOR Magic V3 itu tergelincir dan jatuh ke atas lantai, diikuti sebuah gelas yang dipenuhi air tertumpah ke atasnya. Ini menunjukkan kehebatan ketahanan dan kalis air HONOR Magic V3.
Diperkuatkan dengan skrin HONOR Super Armored Inner Screen dan Perlindungan NanoCrystal Anti-calar HONOR, HONOR Magic V3 dibina agar tahan daripada penggunaan harian yang lasak. Ketahanannya pula dihebatkan dengan penarafan kalis air IPX8.
Bahagian penutup belakang HONOR Magic V3 menggabungkan Gentian Khas yang mengurangkan ketebalan sehingga 30% dan diperbuat daripada bahan gred aeroangkasa untuk ketahanan tambahan.
Dalam pada itu, peranti boleh lipat ini menampilkan engsel HONOR Super Steel proprietari yang boleh menahan sehingga 500,000 lipatan dan telah diiktiraf dengan pensijilan SGS Durability Certification, menjadikannya lebih tahan lasak dan pilihan yang dipercayai kepada pengguna.
HONOR Magic V3 didatangkan dengan RAM 12GB dan memori 512GB. Telefon boleh lipat ini tersedia dalam tiga warna menarik iaitu Mossy Green, Silk Brown dan Classic Black.
Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic V3, sila kunjungi laman sesawang rasmi HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/