HONOR Malaysia memperkenalkan peranti boleh lipat terbaharu Honor Magic V3 yang menawarkan pengalaman menyeronokkan dengan kelainan lebih canggih dan rekaan cukup inovasi berbanding model terdahulu.
Kelebihan utama peranti ini berbanding pesaing di pasaran ialah skrin boleh lipat paling nipis dan ringan di dunia setakat ini yang berukuran hanya 9.2mm apabila dilipat dengan berat hanya 226 gram.
Malahan telefon ini lebih ringan daripada peranti keluaran dari Korea Selatan yang meskipun tidak boleh dilipat namun boleh dirasai perbezaannya ketika peranti ini dipegang bersebelahan.
Faktor ketara yang menyebabkan peranti ini lebih ringan disebabkan penggunaan bateri generasi ketiga jenis Karbon Silikon yang berkuasa tinggi tetapi ringan malah engsel telefonnya turut direka semula yang menggunakan keluli ringan Honor Super Steel Hinge diikuti dengan bahan baharu seperti gentian khas aerosangkasa untuk penutup belakang dan logam yang lebih kuat untuk bingkai.
Sebagai telefon boleh lipat terkini HONOR yang paling nipis, ringan dan tahan lasak dengan hanya seberat 226g, kemasan pada peranti yang berukuran 156.6 x 145.3 x 4.4mm ini cukup menarik bersama satu tona warna penuh secara menyeluruh setaraf ciri peranti paling premium untuk golongan yang eksklusif.
Peranti dengan skrin 6.43 inci OLED 120Hz, dijana cip Snapdragon 8 Gen 3 dengan memori sehingga 12GB RAM + 12GB (HONOR RAM Turbo), storan sehingga 512GB dan bateri karbon-silikon generasi ketiga berkuasa 5150 mAh serta pengecasan pantas 66W.
Jika dibandingkan dengan HONOR Magic V2, peranti terdahulu memiliki ketebalan 9.9mm ketika dilipat manakala apabila dibuka pula senipis 4.7mm.
Ujian Mesin Basuh
Untuk membuktikan ketahanan peranti ini, HONOR turut mengadakan demontrasi ‘membasuh’ peranti ini dalam mesin basuh selama 15 minit dengan menyaksikan peranti ini berpusing-pusing dan direndam dalam air.
Bagaimanapun, selepas tempoh ujian berlalu, peranti ini masih boleh dihidupkan dan digunakan seperti biasa sekali gus membuktikan peranti ini benar-benar tahan lasak.
Selain dimasukkan dalam mesin basuh, peranti ini juga melalui proses ujian ketahanan apabila direndam dalam akuarium sedalam 2.5 meter dan ciri ini amat sesuai dalam keadaan cuaca Malaysia yang panas dan lembap khususnya apabila secara tidak sengaja terdedah kepada hujan.
Hasil daripada ujian ini mendapati HONOR Magic V3 bukan sekadar tahan calar bahkan menunjukkan keupayaan kalis air IPX8 yang menakjubkan, sekali gus mengesahkan kualiti binaannya cukup tahan lasak.
Lebih Kukuh Berbanding Kevlar
HONOR Magic V3, juga adalah jenama telefon pintar pertama yang menggunakan bahan Super Fiber pada panel belakang peranti ini diperbuat daripada fiber unik gentian khas aerosangkasa untuk penutup belakang dan logam lebih kuat untuk bingkai dengan ketahanan 5800MPa.
Bahan ini lebih kukuh berbanding Kevlar dan fiber karbon agar peranti ini kekal ringan serta tahan lasak dalam masa yang sama.
Sebagai jenama telefon pintar pertama yang menggunakan fiber termaju ini, HONOR telah mereka bentuk telefon yang boleh menahan impak sebanyak 40 kali berbanding Samsung S24 Ultra, selain 40 peratus lebih nipis, membolehkan HONOR Magic V3 mampu bertahan walaupun dalam keadaan mencabarkan.
HONOR Super Steel Hinge, bahan engsel paling kukuh dan ternipis
Teras kepada ketahanan HONOR Magic V3 ini ialah HONOR Super Steel Hinge yang menerajui industri dan diperbuat daripada generasi kedua keluli super HONOR Super
Steel.
Bahan ini memiliki ketegangan sekuat 2100MPa, mengatasi engsel keluli Samsung Z Fold6 yang sekuat 1600MPa. Dengan mengurangkan ketebalan badan engsel kepada saiz terbaik industri pada 2.84mm, HONOR telah mengoptimumkan ruang dalaman untuk memperkukuhkan struktur bagi menambah baik ketahanan keseluruhan peranti ini.
Engsel ini berupaya menahan sehingga 500,000 lipatan dan juga telah menerima pensijilan SGS Durability Certification yang mengukuhkan lagi kelasakan dan ketahanan peranti ini.
Apa yang menarik rekaan peranti ini mempunyai nisbah skrin-ke-badan sebanyak 91.10% dan kecerahan puncak 1600nits malah kesan lipatan boleh dikatakan hampir tidak kelihatan berbanding sebelum ini selepas mekanisme lipatan yang lebih nipis digunakan.
HONOR Anti-Scratch NanoCrystal Shield, 10 kali ganda anti-jatuh dan anti-calar
Paparan luaran 6.43 inci HONOR Magic V3 diperkuatkan dengan perlindungan HONOR Anti-Scratch NanoCrystal Shield, menawarkan 10 kali ketahanan jatuhan dan calar
berbanding kaca biasa.
Dengan kepadatan kristal 50 peratus lebih tinggi berbanding bahan biasa, paparan ini direka agar dapat bertahan daripada jatuhan tidak sengaja dan kegunaan harian. Telefon boleh lipat ini kekal tanpa cela walaupun dalam keadaan yang paling getir.
IPX8 Kalis Air, tertinggi untuk telefon boleh lipat
HONOR Magic V3 juga menetapkan penanda aras baru untuk kalis air pada telefon boleh lipat, dengan penarafan IPX8 yang tertinggi bagi peranti boleh lipat.
Telefon ini masih berfungsi walaupun berada di kedalaman 2.5 meter air, menjadikannya selamat untuk digunakan semasa hujan, terkena tumpahan air atau terjatuh ke dalam kolam air seperti yang dibuktikan dalam cabaran mesin basuh.
Tahap kalis air ini memastikan agar HONOR Magic V3 boleh berfungsi sepenuhnya dan dilindungi. Jangka hayat peranti ini menjadi lebih panjang dan memberi pengalaman pengguna yang lebih memuaskan.
Keupayaan Fotografi Potret Bertaraf Studio
Peranti ini buat julung kalinya turut dipadankan dengan fungsi pintar Kecerdasan Buatan (AI) terbina bagi fungsi kamera AI Matrix yang boleh menghasilkan gambar potret dengan kualiti dan penghasilan sama bagaikan di studio sebagaimana ciri pada Siri Honor 200 dan 200 Pro yang diperkenalkan baru-baru ini.
Tentu sekali gambar yang terhasil dengan ciri studio menjadi idaman mana-mana pengemar fotografi yang tidak mampu memiliki kamera jenis DSLR dan bergantung sepenuhnya kepada peranti seperti telefon pintar.
Ini kerana keupayaan telefon pintar keluaran China ini sudah cukup hebat untuk menterjemahkan keupayaan sebenarnya kerana menerusi kamera utama 50MP, ia dilengkapi dengan fungsi Professional Harcourt Portrait Mode.
Dengan fungsi ini, gambar yang dirakam akan dioptimasi dengan memberikan perincian yang lebih di bahagian muka, dan turut memberikan bokeh yang bersesuaian dengan pencahayaan serta tona warna wajah yang tepat.
Spesifikasi Kamera
HONOR Magic V3 dilengkapi dengan tri-kamera di belakang yang menggabungkan sensor 50MP utama (f/1.9), 40MP lensa ultra-lebar (f/2.0) dan 50MP lensa telefoto (f/2.4) dengan sokongan OIS terbina.
Sementara itu diikuti pula dengan kamera swafoto sebesar 20MP (lebar) dengan bukaan apertur f/2.45) juga digunakan pada kedua-dua belah skrin luar dan dalam. Peranti juga membenarkan rakaman video maksimum 4K (3840×2160 pixels) dibuat pada kedua-dua belah kamera. Kebolehan zum pula boleh meningkat kepada 100X zum digital.
Apa yang menarik peranti ini dipadankan dengan ciri Light Painting yang mampu mengambil gambar malam lampu kenderaan secara kreatif selain 3 lagi ciri lain iaitu mengambil gambar air terjun, bintang di langit dan bunga api.
Untuk ciri Zoom kali HONOR Magic V3 memiliki keupayaan zoom sebanyak 100 kali yang cukup berkuasa bagi sebuah peranti boleh lipat. Boleh lihat contoh dibawah:
AI Defocus Technology – Keprihatinan HONOR Terhadap Kesihatan Mata
Selain menjadi telefon boleh lipat yang paling nipis, paling ringan dan amat tahan lasak, HONOR Magic V3 juga menetapkan standard baharu dalam perlindungan mata dengan teknologi AI Defocus Technology yang inovatif.
Ciri ini menunjukkan komitmen HONOR terhadap kesihatan mata pengguna dengan mengurangkan ketegangan mata dan masalah rabun sementara yang disebabkan oleh menonton skrin.
AI Defocus Technology memanfaatkan algoritma AI termaju untuk menyerupai kaedah optik tradisional dengan menyelaras kemasukan cahaya ke dalam mata dan mengurangkan ketegangan mata secara mendadak.
Hasil ujian HONOR menunjukkan bahawa AI Defocus Technology boleh mengurangkan rabun sementara secara efektif ke purata 13 darjah dalam tempoh masa 25 minit semasa menggunakan peranti tersebut.
Buat masa sekarang, ciri revolusioner ini menyokong aplikasi seperti YouTube dan Amazon Kindle. HONOR juga merancang untuk meluaskan sokongan kepada beberapa aplikasi lain di masa hadapan.
Sokongan Pen Pintar Stylus
Magic V3 kali ini menyokong pen pintar stylus pada kedua-dua belah skrin luar dan dalam yang membolehkan penggunanya menulis di atas peranti ini di mana hasil tulisan tangan boleh ditukar kepada tulisan abjad yang mudah dibaca.
Bagaimanapun, tiada ciri tempat simpanan pen disediakan untuk peranti ini. Untuk mengecas pen stylus ini, hanya buka penutup atas pen menggunakan pengecas USB-C. Untuk berhubung dengan peranti ini menerusi Bluetooth, anda hanya perlu menekan butang pada pen seketika.
Perisian Terkini
Honor Magic V3 menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 3 dengan pilihan memori 12GB RAM dan storan dalaman 512GB. Selain turut boleh dikembangkan mencapai 12GB RAM secara maya melalui fungsi RAM Turbo.
Peranti ini dilengkapi perisian MagicOS 8.1 berasaskan Android 14 dengan dikuasakan ciri pintar AI (Kecerdasan Buatan) sekali gus menawarkan pelbagai ciri terkini yang memudahkan urusan seharian khususnya bagi mereka yang memerlukan sebuah peranti yang boleh berfungsi sebagai sebuah komputer mini.
Ciri AI Magic Portal – Circle To Do More misalnya boleh melakukan carian dengan hanya mengetuk sekali pada skrin kemudian membuat bulatan pada objek yang ingin dicari. Proses mencari objek yang relevan hanya mengambil masa sekitar satu hingga dua saat dengan sambungan internet diperlukan. Ciri ini seakan Circle To Search pada peranti Samsung tetapi sebenarnya bukan.
Ciri AI Face to Face Translation yang membolehkan terjemahan masa nyata dibuat khususnya melibatkan dua bahasa berbeza tanpa memerlukan internet. Cukup menarik apabila ketepatan terjemahan kepada Bahasa Melayu juga boleh dikatakan baik menerusi sokongan Google selain disokong oleh 9 lagi bahasa asing lain.
Ciri AI Eraser pula membolehkan pengguna memadam atau mengalih keluar objek yang tidak diingini daripada gambar dengan bantuan AI. Prosesnya juga mudah dengan hanya perlu menandakan bahagian yang ingin dipadam dan sistem AI Eraser akan membuangnya secara automatik dengan sambungan internet diperlukan. Kesan padaman itu amat baik tanpa meninggalkan kesan yang ketara.
Akhir sekali ialah ciri AI Honor Notes yang boleh menghasilkan transkripsi audio secara automatik. Ia boleh merekod dan menterjemahkan sesuatu perbualan secara masa nyata bagi memastikan pengguna tidak terlepas sebarang perkara penting. Seterusnya tidak perlu lagi mendengar semula rakaman audio panjang sewaktu melakukan temu bual bagi tujuan kerja misalnya.
Kesimpulan
HONOR Magic V3 yang dilancarkan secara rasmi pada 5 September 2024 ini boleh dikatakan peranti boleh lipat paling premium yang lengkap dengan pelbagai ciri terkini dikuasakan ciri AI.
Jika dibandingkan dengan peranti premium lain seperti iPhone, peranti ini mempunyai banyak kelebihan bukan sahaja skrin yang besar, ringan dan paling nipis di dunia tetapi ciri AI yang terkini ditawarkan.
Kepuasan menonton video atau gambar lebih menyeronokkan kerana skrin yang besar tanpa risau akan membebankan kocek seluar mahupun beg tangan seorang wanita.
Anda tak perlu menunggu kehadiran iPhone 16 kerana peranti ini memiliki semua ciri yang anda kehendaki selain ciri tahan lasak iaitu kalis calar dan kalis air yang memenuhi keperluan masa kini.
Prebiu.com yang turut diberi peluang menguji peranti berwarna Silk Brown ini cukup tertarik dengan kekemasan emas pada engsel telefon ini yang dipadankan warna coklat keemasan pada badan belakang peranti ini.
Yang menariknya, peranti ini turut disertakan dengan pelindung (casing) yang cantik siap dengan permukaan yang kusam seakan saduran kulit sekali gus tidak mudah meninggalkan kesan cap jari atau mudah kotor.
Susun atur butangnya adalah standard dimana, butang kuasa dan laras suara hanya diletakkan pada bahagian sisi kanan manakala terdapat satu lubang mikrofon dan slot untuk SIM pada bahagian bawah.
Peranti ini disambungkan dengan port USB-C pada bahagian bawah dengan lubang mikrofon dan juga pembesar suara. Lebih menariknya di sini, pembesar suaranya adalah stereo berkembar.
Sebanyak tiga warna menarik ditawarkan untuk Honor Magic V3 iaitu Mossy Green, Silk Brown dan Classic Black.
Spesifikasi HONOR Magic V3:
- Skrin Luaran: 6.43″ OLED 2376 x 1060 piksel
- Skrin Dalaman: 7.92″ OLED 2344 x 2156 piksel
- Cipset: Snapdragon 8 Gen 3 (4nm)
- Sistem: Magic OS 8.1, Android 14
- Saiz: Bukaan 156.6 mm x 145.3 mm x 4.4 mm
- Memori: 12 GB + 12 GB (RAM Turbo)
- Storan: 512GB
- Bateri: 5150mAh Silikon-Karbon Generasi Ketiga, Pengecasan Pantas 66W
- Berat: 226g
- Kamera belakang: 40MP Ultra Lebar Kamera (f/1.9), 50MP Utama (f/1.9) OIS, 50MP Telefoto (f/2.4) OIS
- Kamera depan: 20MP (skrin dalaman, f/2.45), 20MP (skrin luaran, f/2.45)
- Ciri Keselamatan: Pengimbas cap jari, pengecaman muka, nombor pin
- Warna: Mossy Green, Silk Brown dan Classic Black
- Kalis Air : IPX8
- Harga: RM6,999