Acer melancarkan PC Copilot+ Swift 14 AI dan Swift 16 AI baharu, model Swift pertama yang dikuasakan oleh cip pemproses Intel®Core™ Ultra (Siri ke-2).

Komputer riba yang anggun ini dilengkapi dengan kebolehan pemprosesan serba baharu dan menyediakan prestasi NPU AI sehingga 48 TOPS untuk mengatasi beban kerja yang mencabar.

“Kedatangan PC yang dikuasakan oleh cip pemproses Intel Core Ultra terbaru membawa
peningkatan yang bermakna kepada kehidupan para pelanggan kami,” ujar James Lin,

Pengurus Besar, Komputer Riba, Acer Inc. “PC Copilot+ Swift terkini dibuat untuk
menyediakan pengalaman AI baharu yang akan membantu para pelanggan Acer
meningkatkan pengurusan, kenikmatan, dan pencapaian di rumah, sekolah, dan kerja.”

“Persekitaran kerja yang laju hari ini memerlukan komputer riba yang menyediakan
prestasi yang tinggi, jangka hayat bateri yang panjang, dan kelengkapan keselamatan
yang canggih, semua sambil memanfaatkan kebolehan AI untuk merangsang produktiviti.

Dikuasakan oleh cip pemproses Intel Core Ultra serba baru kami, Acer Swift 14 AI dan
Swift 16 AI memenuhi dan melangkaui kebutuhan tersebut dengan gabungan rekaan
perkakasan yang baik dan pengkomputeran yang cekap kuasa berkat kerjasama jangka
panjang antara Acer dan Intel,” ujar Michelle Johnston Holthaus, naib presiden
eksekutif dan pengurus besar Intel, Kumpulan Pengkomputeran Pelanggan.

Swift-16-AI

Pemprosesan AI yang Berkuasa dengan Kelengkapan Keselamatan yang Canggih Acer Swift 14 AI (SF14-51/T) dan Swift 16 AI (SF16-51/T) baharu menyediakan prestasi AI
yang terunggul dalam kelas dengan cip pemproses Intel Core Ultra baharu yang meningkatkan pemprosesan di antara CPU, grafik terbina dalam Intel® Arc™, dan unit
pemprosesan neural (NPU) generasi seterusnya untuk mempercepatkan beban kerja AI.

Hasilnya adalah komputer riba baharu yang boleh mempercepatkan tugas-tugas
generatif AI dan penciptaan dengan senang. Ia juga dilengkapkan dengan teras-P dan
teras-E baharu yang direka untuk prestasi yang unggul sambil menyediakan kecekapan
tenaga dan jangka hayat bateri yang panjang.

Komputer riba baharu ini melindungi aset-aset digital pengguna dengan keselamatan
biometrik dan beberapa lapisan perlindungan yang terbina dalam tahap perkakasan dan
perisian.

Intel® Partner Security Engine baharu membantu mengekalkan kerahsiaan data dan integriti kod sambil mengekalkan prestasi yang tinggi untuk beban kerja AI yang
mencabar.

Selain itu, cip pemproses keselamatan Microsoft Pluton memastikan bahawa kedua-dua
PC berteras terjamin yang menyediakan keselamatan cip-ke-awan. Komputer riba Swift
Baharu ini datang dengan Windows Hello yang menyokong log masuk biometrik melalui
pembaca sidik jari atau melalui pengenalan muka dengan kamera web IR 1440p QHD.

Sebagai tambahan, komputer riba ini melindungi para pengguna dengan teknologi Acer
User Sensing, yang mengupayakan penderia kedekatan di samping kamera web untuk
mengesan kehadiran pengguna, mengunci paparan dengan automatik ketika pengguna
berjauhan, dan bangun dengan segera ketika pengguna kembali di depan peranti.

Reka Bentuk dan Kelengkapan Premium

Acer-Swift-14-AI-sf14-51(T)

Prestasi dan kebolehan komputer riba baharu ini melengkapkan casis premium dan reka
bentuk moden lagi anggun. Penutup aluminium menampilkan ikon yang bergaya dengan
kesan warna-warni yang dinamik, sementara pad sesentuh diterangkan oleh penunjuk
aktiviti AI ketika NPU digunakan atau Copilot di aktifkan.

Kedua-dua barisan komputer riba ini boleh dibuka dengan satu tangan berkat kepakaran jurutera dan engsel 180 darjah yang halus. Selain itu, kedua-dua komputer riba senang dibawa di dalam tangan atau beg berkat reka bentuknya yang nipis dan ringan.

Reka bentuk peranti ini juga sama menawan dengan paparan OLED yang menyediakan
main balik video yang lancar dengan kadar segar semula 90Hz, ketepatan warna DCI-P3, dan piawaian HDR TrueBlack 500. Swift 14 AI tersedia dengan paparan OLED 14 inci
beresolusi 2.8K atau 2K, manakala barisan Swift 16 AI dilengkapkan dengan panel OLED
16 inci 3K, semuanya dipiawaikan Eyesafe 2.0.

Sebagai tambahan, kedua-dua barisan komputer riba tersedia dengan pilihan paparan sesentuh IPS untuk pengawalan mudah di atas skrin menggunakan pen atau jari.

Aplikasi Acer AI Membantu Pelanggan Nikmat, Tingkatkan Kemampuan

Acer membawa penyelesaian AI kepada hujung jari para pengguna yang melancarkan
tetapan, meningkatkan kehadiran video dan komunikasi dengan senang. Kedua-dua
komputer riba dilengkapkan dengan kekunci khusus AcerSense untuk pencapaian satu
sentuhan kepada ciri-ciri AI seperti Acer LiveArt.

Acer Assist, sebuah aplikasi yang berjalan di dalam peranti ini untuk menerokai dan merumuskan dokumen yang dimuatkan ketika keselamatan dipentingkan serta membantu dengan penyelesaian masalah PC.

Alatan panggilan yang dirangsang AI termasuk Acer PurifiedView™ 2.0 dan Acer PurifiedVoice™ 2.0 untuk melengkapkan web camera IR 1440p QHD dan barisan tiga
mikrofon supaya para pengguna tampil baik dalam panggilan.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini