Pemilik Isuzu D-Max bersama-sama mempamerkan semangat patriotik mereka apabila menyertai Konvoi Merdeka Isuzu 2024 sebagai sebahagian daripada usaha syarikat untuk meraikan sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-67 tahun ini.

Seramai kira-kira 3,300 peserta melibatkan sebanyak sekitar 900 unit Isuzu D-Max
berkumpul di 36 cawangan Isuzu di seluruh negara, dari Alor Setar hingga ke Keningau,
sebelum berkonvoi ke destinasi pilihan di kawasan masing-masing.

Pelbagai pengisian aktiviti turut diatur untuk peserta bersantai meraikan Hari Merdeka
tahun ini, termasuklah antaranya santapan durian, merakit jeram, glamping, mencari harta
karun, berkelah dan banyak lagi.

Konvoi Merdeka Isuzu 2024 meneruskan kejayaan Konvoi Merdeka 66 yang berlangsung
tahun lalu yang menyaksikan penyertaan sekitar 600 buah D-Max.

Sebagai satu perhimpunan serentak yang terbesar melibatkan perarakan Isuzu D-Max di negara ini, konvoi berkenaan berhasrat untuk menghimpunkan pemiliknya disamping memperingati tarikh bersejarah berkenaan.

“Susulan daripada kejayaan Konvoi Merdeka 66, pemilik D-Max telah menyuarakan
kepuasan serta keinginan mereka untuk terlibat lagi dalam acara serupa yang telah berhasil memupuk pertalian lebih erat dalam kalangan mereka.

Melaka participants joining the state Merdeka Day parade

Disebabkan itu, kami berhasrat untuk meneruskan lagi aktiviti berkenaan,” Kata Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe.

Beliau juga sempat melepaskan peserta konvoi di cawangan Isuzu Indah Utara di Alor Setar, Kedah yang melibatkan sebanyak 80 buah Isuzu D-Max dalam perjalanan menuju Tasoh Lake Resort di Perlis sempena acara ini.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini