Dalam suasana penuh meriah di Saudi Travel Fest yang berlangsung di IOI Mall Putrajaya, In Saff Travel & Tour Sdn Bhd, sebuah agensi pelancongan umrah yang semakin dikenali ramai, tampil mencuri tumpuan dengan pelancaran cabutan bertuah istimewa sempena ulang tahun ke-10 penubuhan syarikat tersebut.

Acara ini, yang dianjurkan oleh pihak Saudi, bertujuan untuk mempromosikan destinasi pelancongan dan umrah ke Arab Saudi, namun kehadiran In Saff Travel dengan tawaran eksklusif mereka telah menambah lagi keterujaan para pengunjung.

Sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan pelanggan sepanjang dekad pertama operasi mereka, In Saff Travel melancarkan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah lumayan.

Cabutan bertuah ini terbuka kepada semua pelanggan yang mendaftar dan menunaikan ibadah umrah bersama In Saff Travel dari Julai 2024 hingga Disember 2025.

Pelancaran cabutan bertuah ini bukan sahaja menjadi kemuncak kepada Saudi Travel Fest, tetapi juga sebagai simbol kejayaan dan komitmen In Saff Travel dalam industri pelancongan umrah.

Dalam tempoh 10 tahun sejak penubuhannya, In Saff Travel telah berjaya membina reputasi yang kukuh sebagai penyedia perkhidmatan umrah yang dipercayai.

Agensi ini dikenali dengan perkhidmatan cemerlang yang memastikan perjalanan umrah berjalan lancar tanpa sebarang masalah, termasuk dalam aspek penerbangan, penginapan, dan keseluruhan pengurusan di Arab Saudi.

Rekod perkhidmatan yang konsisten ini menjadi faktor utama mengapa ramai jemaah umrah di Malaysia memilih untuk menggunakan khidmat In Saff Travel.

Untuk cabutan bertuah sempena ulang tahun ke-10 ini, In Saff Travel memperuntukkan hadiah bernilai RM300,000, yang akan diagihkan dalam tiga sesi berasingan. Sesi pertama dijadualkan pada Januari 2025, diikuti dengan sesi kedua pada Julai 2025, dan sesi akhir pada Januari 2026.

Hadiah utama yang ditawarkan adalah sebuah kereta Proton Saga, disamping motosikal, gajet elektronik seperti tablet ipad, waffer emas serta pakej umrah dan pelancongan percuma.

Salah seorang Lembaga pengarah In Saff, Mohd Fahmi Mohd Nawi berkata, cabutan bertuah bernilai RM100,000 ini akan dijalankan menerusi tiga sesi berbeza.

“Antara hadiah yang ditawarkan ialah tiga buah kereta Proton Saga, Motosikal, jongkong emas dan pakej menunaikan umrah. Cabutan pertama akan dilakukan pada Januari 2025 nanti,” katanya ketika ditemui di IOI Mall Putrajaya, semalam.

Dalam pada itu, jelas Mohd Fahmi, promosi Istimewa pakej pelancongan dan umrah turut ditawarkan pada harga ‘super jimat’.

“Kami menyediakan pelbagai pakej yang disesuaikan untuk semua genap lapisan masyarakat yang berbeza status ekonomi. Jadi tiada lagi alasan untuk tak tunaikan umrah kerana kami sediakan semua jenis pakej. Pakej paling murah dan laris ketika ini ialah pakej umrah bernilai RM4,970 untuk sembilan hari dan tujuh malam.

Dari kanan ke kiri Mohd Aswadi Ali; Mohd Fahmi Mohd Nawi; Ahmad Falaahuddin Jasni dan Nik Fairul Irwan Nik Harun Aminarrashed

In Saff Travel juga terus menarik minat ramai dengan pelbagai pakej umrah yang kompetitif, bermula dari RM4,970 hingga RM7,970 untuk 32 hari dan 30 malam. Bagi mereka yang inginkan pengalaman umrah yang lebih mewah, agensi ini turut menyediakan pakej eksekutif yang boleh mencecah puluhan ribu ringgit, menawarkan perkhidmatan premium yang memenuhi keperluan pelanggan yang lebih eksklusif.

Dengan penglibatan aktif dalam Saudi Travel Fest ini, In Saff Travel tidak hanya meraikan ulang tahun ke-10 mereka dengan penuh gaya, tetapi juga memperkukuhkan lagi kehadiran mereka dalam industri pelancongan umrah.

Pelancaran cabutan bertuah ini dijangka menarik lebih ramai pelanggan baru, sekaligus memperluas capaian In Saff Travel dalam pasaran. Acara ini juga memberi peluang kepada pengunjung untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pakej-pakej yang ditawarkan, serta merancang perjalanan umrah mereka dengan lebih baik.

Dengan rekod perkhidmatan yang cemerlang dan sambutan ulang tahun ke-10 yang diraikan dengan penuh gemilang, In Saff Travel dijangka akan terus menjadi peneraju dalam industri pelancongan umrah di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut berkenaan pakej-pakej umrah yang ditawarian oleh In Saff Travel & Tours Sdn Bhd, boleh layarai laman web mereka https://www.insafftravel.com.my atau hubungi hotline 011-3127 4002.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini