Susulan kejayaan pelancaran outlet fizikalnya yang sulung di SOGO Kuala Lumpur, Ulike telah merungkaikan outlet runcit berasaskan pengalaman miliknya yang terbesar di SOGO The Mall, Mid Valley Southkey pada 10 Ogos.

Sebagai outlet fizikal kedua oleh jenama Peranti Penyingkir Bulu di Rumah Nombor Satu Dunia 2022, dan jenama isi rumah yang dipercayai dalam sektor kecantikan serta penjagaan badan di rumah di seluruh dunia, Ulike kini lebih mudah diakses olehpara peminat bukan sahaja di rantau selatan Malaysia, tapi juga di Singapura.

Outlet baharu ini akan mempamerkan produk-produk terkini Ulike, daripada Ulike Air
10 Pro Ice Cooling IPL Hair Removal Device dalam warna ungu baharu yang ‘trendy’,
diilhamkan oleh temasya Olimpik, hingga ke ReGlow LED Face Mask dan banyak lagi.

Para peminat akan berpeluang untuk berinteraksi dengan inovasi-inovasi yang terlaris
daripada jenama ini serta menikmati konsultasi kecantikan untuk sebuah pengalaman
yang peribadi lagi interaktif.

K. M. Leong, Pengurus Besar Asia Tenggara bagi Kumpulan Ulike berkata, “Kami berasa amat teruja untuk melebarkan sayap Ulike ke kota Johor Bahru yang menawan, dengan outlet fizikal kami yang kedua di SOGO The Mall, Mid Valley Southkey.

“Kami melihat outlet ini sebagai satu pelaburan strategik untuk menjadikan produk-produk penyingkir bulu dan kecantikan kami yang serba canggih lebih mudah untuk diakses oleh warga Malaysia dan Singapura.

“Kami berasa teruja untuk meneruskan usaha kami dalam menjadikan solusi-solusi kecantikan yang inovatif lebih mudah diakses oleh khalayak yang lebih luas. Kami berbesar hati untuk meraikan detik istimewa ini bersama para pelanggan dan rakan yang kami hargai.”

Mulai hari ini hingga 1 September, para peminat juga berpeluang untuk menyaksikan penampilan khas daripada personaliti-personaliti media sosial seperti Fish (阿鱼), COCO, JOMAMA dan ramai lagi. Mereka bukan sahaja akan berkongsi pandangan mereka mengenai produk-produk Ulike tapi juga pelbagai tip kecantikan untuk membantu para peminat menaik taraf rutin kecantikan mereka.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini