Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) mengumumkan jutawan ketiga Sijil Simpanan Islamik (SSi) dalam sebuah Majlis Penyampaian Hadiah SSi Edisi Gemilang 25 Tahun yang diadakan di Karnival Jom Heboh, Terengganu pada 1 Ogos 2024.
Hadiah wang tunai bagi cabutan SSi Jutawan Hebat berupa wang tunai RM1 juta yang diumumkan hari ini merupakan sebahagian daripada hadiah keseluruhan bernilai lebih RM5 juta bagi kempen SSi Edisi Gemilang 25 Tahun.
Pada majlis tersebut, Encik Sajihan M.C Mohamed, pelanggan bertuah dari cawangan Seri Manjung telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM1 Juta selepas diumumkan sebagai pemenang bertuah SSi Jutawan Hebat melalui kempen yang berlangsung dari 1 Mac hingga 31 Disember 2024.
Satu lagi cabutan untuk SSi Jutawan Hebat akan diadakan pada bulan Disember ini. Pengumuman gelaran jutawan keempat dan terakhir bagi tahun 2024 akan dibuat pada bulan Januari 2025.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin, berkata, peningkatan jumlah penyimpan SSi Edisi Gemilang 25 Tahun yang telah mencapai sebanyak 32,126 penyimpan menunjukkan kesedara
Tambah Khairul, “Tekad kami dalam mencipta “Kehidupan Lebih Baik, Bersama” pelanggan juga dapat direalisasikan dengan membantu rakyat Malaysia tidak kira individu atau perniagaan dalam memperoleh kesejahteraan kewangan dalam jangka masa panjang. Usaha selama 25 tahun ini akan diteruskan bagi menyokong para pelanggan untuk mencapai matlamat kewangan mereka.”
“Kami sentiasa prihatin dengan kesukaran yang dihadapi oleh pelanggan untuk menyimpan wang dikala keadaan ekonomi semasa yang begitu mencabar, atas faktor berikut Bank Muamalat mengambil keputusan untuk menambah hadiah keseluruhan SSi daripada RM3 juta tahun lalu kepada RM5 juta tahun ini untuk menggalakkan pelanggan-pelanggan terus menyimpan.
“Sebagai pemudahcara, bagi SSi Edisi Gemilang 25 Tahun, semua pelanggan yang mempunyai Akaun Simpanan-i, Akaun Semasa-i, Akaun Berjangka Tetap-i, dan Akaun SURIA layak secara langsung untuk memenangi hadiah SSi, ini satu kemudahan yang tidak ditawarkan di institusi perbankan lain,” katanya.