Berikutan pencapaian gemilang Lexis Hibiscus yang amat ikonik dan menjadi kebanggaan Malaysia di peringkat antarabangsa, KL Metro Group dengan bangganya mengumumkan pemulaan pembinaan projek prestij terbaharunya – Lexis Hibiscus 2 Port Dickson.
Terletak bersebelahan resort Lexis Hibiscus yang tersohor, pembangunan baru ini meliputi
kawasan seluas 80 ekar dan dijangka menjadi lanjutan yang lebih luas dan mewah, sekaligus mencatatkan sejarah yang baru dalam bidang hospitaliti dan seni reka bentuk, di samping memperkukuhkan status Malaysia sebagai destinasi utama untuk pelancongan perniagaan dan santai.
Dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM1.6 bilion, Lexis Hibiscus 2 akan menampilkan 1,710 unit yang menakjubkan termasuk 910 rumah atas laut yang memukau, dan 800 suite kolam bertingkat yang elegan dalam dua blok bertingkat tinggi, yang secara keseluruhannya membentuk bunga kebangsaan Malaysia, Bunga Raya.
Dijadualkan siap pada pertengahan 2029, Lexis Hibiscus 2 adalah usaha sama strategik antara KL Metro Group dan Pemerbadanan Menteri Besar (agensi pelaburan Kerajaan Negeri Sembilan). Kerjasama ini dibina atas kejayaan dan rekod cemerlang Lexis Hibiscus yang asal.
Majlis pecah tanah ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji
Aminuddin, Menteri Besar Negeri Sembilan. Beliau disertai oleh tokoh-tokoh terkemuka
termasuk Dato’ Haji Mat Hassan Esa, Pengerusi, Kuala Lumpur Metro Group; Dato’ Low Tak
Fatt, Pengarah Urusan, Kuala Lumpur Metro Group; Dato’ Yap Chuan Thai, Pengarah Eksekutif, Kuala Lumpur Metro Group; dan Dato’ Prof. Mandy Chew Siok Cheng, Presiden, Lexis Hotel Group.
Hasil ilham dari kejayaan yang terdahulu, Lexis Hibiscus 2 bertujuan melebihi segala jangkaan, memperkukuhkan status Port Dickson sebagai destinasi utama pelancongan,
percutian mewah dan acara MICE (Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran), demi terus menarik pelancong domestik dan antarabangsa.
Resort bertaraf lima bintang ini dijangka menarik 1.1 juta pelancong setiap tahun, dengan kira-kira separuh daripada mereka berasal dari luar negara. Kemunculan ini dijangka mewujudkan 5,000 pekerjaan semasa peringkat pembangunan, pembinaan, dan fasa operasi, membuahkan rangsangan ekonomi yang besar kepada masyarakat tempatan.
Dato’ Low Tak Fatt, Pengarah Urusan, KL Metro Group, menyuarakan kegembiraannya, “Lexis Hibiscus 2 adalah bukti dedikasi kami untuk terus mencipta pengalaman unik dan tidak dapat dilupakan untuk para tetamu.
‘Kami komited untuk menjadi pendorong batasan kemewahan dan hospitaliti, dan projek ini adalah langkah penting ke arah mencapai visi tersebut.”
Lexis Hibiscus 2 bakal membawa erti baru kemewahan dan keselesaan, setiap unit menampilkan reka bentuk dalaman yang unggul, susun atur bilik yang terperinci, dan
kemasan bilik yang luar biasa.
Berbeza dari unit studio pendahulunya, Lexis Hibiscus 2 menawarkan dua bilik tidur berasingan, memberikan lebih banyak privasi dan keselesaan. Keluasan menyeluruh, termasuk kolam peribadi, akan lebih besar, memastikan penginapan yang lebih luas dan selesa.
Resort ini akan menyediakan pelbagai kemudahan luar biasa termasuk kolam air pancut,
akuarium, pelbagai kolam renang, pusat kanak-kanak, bilik permainan, gim dan sauna,
pelbagai pilihan makanan dari tempatan, barat dan Jepun, bar dan dek Permandangan Dari
Atas Langit, ruang istirehat eksekutif, pelbagai venue acara termasuk dewan serba guna, bilik-bilik fungsi, ballroom dan auditorium; serta helipad, jeti dan Hibiscus Walk yang dikenali dan disukai ramai.
Peluang Pelaburan dengan Pulangan Menarik
Unit-unit di Lexis Hibiscus 2 dijual dan tersedia di bawah susunan pajakan balik, menawarkan pembeli pulangan sewaan tahunan yang menarik sebanyak 6%. Selain itu, pembeli menikmati 10 malam penginapan percuma setiap tahun di resort.
Harga berkisar dari purata RM720,000 hingga RM950,000, termasuk semua perabot dan peralatan. Sejak pelancaran lembut Fasa 1 (288 unit) pada Jun 2024, kira-kira 60% unit telah dijual, dengan sebahagian besar pembeli dari luar negara, khususnya dari rantau Asia Pasifik.
Unit pameran boleh dilihat setiap hari di: L12 Pavilion Tower, 75 Jalan Raja Chulan, 50200, Kuala Lumpur Tingkat Bawah, Lexis Hibiscus Port Dickson, Batu 12, Jalan Pantai, Pasir Panjang, 71250 PorT Dickson.