HONOR 200 Lite 5G baharu yang adalah antara telefon pintar berkeupayaan 5G paling mampu milik dalam julat harganya di Malaysia akan datang ke pasaran seluruh negara 26 Julai ini pada hanya RM1,299.

HONOR 200 Lite bukan sahaja dilengkapi dengan kapasiti storan berganda sebesar 512GB berbanding 256GB untuk HONOR 90 Lite, malah peranti ini juga mempunyai paparan yang lebih tahan lasak.

Jika paparan HONOR 90 Lite hanya kaca biasa selain tidak memiliki pelan perlindungan skrin percuma, HONOR 200 Lite pula mengetengahkan Skrin Super Ultra Kukuh Diperkuatkan bersertakan pelan Penggantian Skrin Depan & Belakang 365 Hari percuma.

Dengan komnbinasi storan besar dan ketahanan skrin yang dipertingkatkan, sudah tentu HONOR 200 Lite merupakan salah sebuah telefon pintar 5G paling mampu milik dalam julat harganya di Malaysia.

HONOR 200 Lite menawarkan ciri-ciri lebih hebat

Tambahan pula, HONOR 200 Lite memiliki ciri-ciri dipertingkatkan yang menaikkan statusnya sebagai telefon pintar 5G yang padat dengan nilai dan berpatutan. Untuk menangkap gambar yang mengagumkan, HONOR 200 Lite menampilkan kamera utama 108MP beserta kamera swafoto 50MP.

Peranti ini juga dikuasakan dengan bateri berkeupayaan tinggi 4,500mAh untuk penggunaan sepanjang hari. Untuk pengalaman tontonan yang lebih menakjubkan, HONOR 200 Lite juga menampilkan paparan penjagaan mata AMOLED 6.7 inci dan dilengkapi Pemalapan PWM Bebas Risiko 3,240Hz untuk tontonan yang bebas kerlipan.

Bagi menawarkan nilai dan prestasi terbaik, HONOR 200 Lite dikuasakan oleh pemproses MediaTek Dimensity 6080 yang efisien untuk memacu Android 14 dengan Magic OS serta

Magic AI Experience yang meningkatkan lagi kefungsian dan keupayaan pengimejan ke tahap baharu. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai HONOR 200 Lite, ikuti akaun Facebook rasmi dan laman sesawang HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini