La Roche-Posay memperkenalkan rangkaian produk baharu MELA B3 yang menampilkan inovasi terbesar L’Oréal dalam pigmentasi, MelasylTM. Kemajuan ini adalah hasil daripada 18 tahun penyelidikan dan penapisan lebih 100,000 molekul, yang membawa kepada penemuan bahan aktif penuh spektrum dalam sains pigmentasi ini.

Pertama kali dibentangkan di Kongres Dermatologi Dunia 2023, MelasylTM diperkenalkan bersama hasil kajian epidemiologi yang pertama melibatkan 48,000 peserta dari 34 negara di seluruh benua. Kajian tersebut mendedahkan penyebaran luas masalah pigmentasi di seluruh dunia dan kesan ketara terhadap kualiti hidup dan stigma.

Antara penemuan tersebut, 50% melaporkan mengalami suatu bentuk gangguan pigmentasi seperti Noda Matahari, Hiperpigmentasi Pascainflamasi (Post-inflammatory hyperpigmentation, PIH) dan Melasma.

Barisan produk MELA B3 meraikan era baru dalam rawatan hiperpigmentasi, menangani pelbagai masalah kulit dan mempengaruhi jutaan orang di seluruh dunia serta memberi kesan mendalam terhadap penampilan dan kesihatan mental.

Dalam satu kajian oleh La Roche- Posay, 22% daripada responden berasa kurang disayangi oleh keluarga dan rakan-rakan, 19% menyatakan mereka telah memalukan keluarga dan saudara-mara, dan 20% merasa dijauhi oleh pasangan disebabkan stigma sosial yang kuat terhadap masalah pigmentasi

MELA B3 menampilkan manfaat utama seperti anti-radang untuk mengurangkan keradangan disebabkan oleh pendedahan kepada sinaran UV dan pencemaran, pembaharuan kulit dan pengelupasan sel-sel mati untuk menggalakkan pembaharuan sel dan mengurangkan bintik gelap, serta perlindungan antioksidan untuk melindungi daripada radikal bebas yang merangsang penghasilan melanin.

Sebagai salah satu keadaan kulit yang paling kompleks untuk difahami dan dirawat, L’Oréal dan La Roche-Posay tampil dalam bentuk MelasylTM, sebuah molekul baharu dengan tindakan yang unik untuk mengatasi pigmentasi.

Molekul terobosan ini, yang dipatenkan secara meluas, mempunyai kaedah tindakan yang unik dengan memintas melanin berlebihan sebelum sampai ke permukaan kulit, memerangkap prekursor melanin. Kesannya, hasil yang ketara dalam tempoh seawal satu minggu dapat dilihat.

Pengurus Besar Bahagian Kecantikan Dermatologi L’Oréal Malaysia (L’Oréal Malaysia’s Dermatological Beauty Division), Ashlee Ng menekankan komitmen La Roche-Posay untuk meningkatkan kesihatan kulit melalui penjagaan kulit yang disokong oleh sains dan kepakaran dermatologi.

“La Roche-Posay sentiasa komited dalam bidang dermatologi. Kami berusaha untuk memberi yang terbaik dalam sains penjagaan kulit dan menerajui penemuan baharu untuk pengguna kami dengan kerjasama pakar dermatologi.

“Pengenalan rangkaian produk MELA B3, yang menampilkan MelasylTM, menunjukkan langkah penting ke arah ini. Kami percaya bahawa formula baru ini akan memberikan impak transformasi kepada pengguna kami, bukan sahaja membantu mengatasi hiperpigmentasi tetapi juga memperbaiki kesihatan kulit secara menyeluruh.”

Tambahnya, “Dengan gabungan MelasylTM, Niacinamide, dan Mata Air Terma La Roche-Posay, rangkaian produk MELA B3 amat berkesan. Setelah pengguna mencapai hasil yang diingini, mereka boleh berasa yakin kerana MELA B3 telah diuji dengan keberkesanan mencegah mudarat lebih besar, secara signifikan mengurangkan hiperpigmentasi berulang.

Selain itu, produk-produk kami sesuai untuk kulit sensitif kerana setiap produk La Roche- Posay telah diuji secara menyeluruh, memastikan keselamatan dan keberkesanan. Bahagian Kecantikan Dermatologi L’Oréal (L’Oréal Dermatological Beauty Division) dengan bangganya memberi akses kepada pengguna dengan inovasi terkini.”

Untuk meningkatkan kesedaran mengenai hiperpigmentasi semasa pelancaran Mela B3, Pakar Dermatologi dari Subang Jaya Medical Centre, Dr. Ch’ng Chin Chwen, berkongsi pelbagai punca dan kesan hiperpigmentasi serta langkah-langkah pencegahan. Beliau juga menepis beberapa mitos mengenai hiperpigmentasi untuk memberi gambaran jelas kepada hadirin tentang keadaan kulit tersebut.

Pembantu Pengurus di L’Oreal Research & Innovation Singapura, Angeline Tay turut memaparkan perjalanan ciptaan MelasylTM. Beliau menjelaskan bagaimana MelasylTM menumpukan pigmentasi tetapi juga menghormati warna kulit semula jadi individu dan berkongsi pandangan tambahan dari penyelidikan pigmentasi L’Oreal.

Serum MELA B3 s menawarkan penyelesaian menyeluruh yang sesuai untuk semua warna kulit. Formula inovatif ini menggabungkan MelasylTM dengan 10% Niacinamide (Vitamin B3) dan kandungan lain untuk menangani faktor-faktor utama yang menyumbang kepada hiperpigmentasi, seperti:

• Anti-radang: Mengurangkan keradangan yang disebabkan oleh pendedahan sinar UV, pencemaran, dan faktor alam sekitar lain.
• Pemulihan Kulit & Pengelupasan: Mendorong peredaran sel untuk menghilangkan melanin berlebihan dan mengurangkan bintik gelap secara nyata.

• Perlindungan Antioksidan: Melindungi daripada radikal bebas yang boleh merangsang pengeluaran melanin.
• Penguatan Persambungan Dermo-Epidermal: Membantu mencegah penyerapan melanin di lapisan dermis, menangani bentuk-bentuk hiperpigmentasi yang lebih mencabar.

Rangkaian MELA B3 boleh didapati di semua farmasi utama dan platform e-dagang. Dikuasakan oleh MelasylTM dan Niacinamide, La Roche-Posay mempersembahkan rutin dengan 3 langkah untuk mereka yang mengalami kesan fizikal dan mental hiperpigmentasi:

    1. Mulakan dengan MELA B3 Clarifying Micro-Peeling Gel Cleanser yang baharu. (Harga runcit: RM 89.90)
    2. Seterusnya dengan Serum MELA B3. (Harga runcit: RM 199.90)

3. Lengkapkan rutin anda dengan CREAM MELA B3 SPF30 yang baru. (Harga runcit: RM 159.90)

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini