Orient Telecoms, sebuah syarikat tersenarai di UK dan penyedia perkhidmatan rangkaian terurus dan telekomunikasi serta penyelesaian teknologi, secara rasmi melancarkan ORBIT 10,000 Internet Perniagaan Premium dengan kapasiti 10Gbps.
Menerusi langkah penting untuk mentakrifkan semula ketersambungan perniagaan, perkhidmatan premium itu disesuaikan untuk perniagaan berskala besar. Ia mula ditawarkan di Malaysia sebelum dikembangkan ke peringkat serantau dan global.
Perkhidmatan ini memastikan kelajuan dan keselamatan 10,000 Mbps dengan memanfaatkan Teknologi Slipstream Conduit proprietari Orient Telecoms yang beroperasi pada infrastruktur Ethernet Kelas Pembawa aktif.
Ini berbeza dengan penyedia perkhidmatan lain yang menawarkan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi tetapi kebanyakannya beroperasi pada infrastruktur rangkaian optik pasif yang sederhana.
Rangkaian Kelas Pembawa aktif menjadi pilihan utama kerana skalabiliti, keupayaan prestasi dan kesesuaian untuk menyampaikan ketersambungan internet yang mantap, boleh dipercayai dan selamat.
“ORBIT 10,000 adalah perkhidmatan Internet Perniagaan Premium yang pertama seumpamanya di Malaysia dan kami yakin ia akan meletakkan Orient Telecoms dan industri
telekomunikasi Malaysia sebagai kuasa yang perlu diberi perhatian di rantau ini,” kata
Yane Alkushovski, Naib Presiden, Orient Telecoms Plc pada taklimat media yang diadakan
di Kuala Lumpur.
Teknologi Perintis untuk Prestasi Tiada Tandingan
ORBIT 10000 bukan semata-mata mengenai kelajuan; ia juga mengenai penyampaian pengalaman internet yang komprehensif, selamat dan boleh dipercayai. Perkhidmatan ini
menyepadukan rangkaian teknologi canggih dan keupayaan sistem yang direka untuk
memenuhi permintaan perusahaan masa kini:
Seni Bina Rangkaian Zero Trust: Memastikan setiap permintaan akses, sama ada peringkat dalaman atau luaran, disemak dan disahkan dengan teliti bertujuan untuk
melindungi data sensitif daripada akses yang tidak dibenarkan.
Sistem Pertahanan Pencerobohan & Tebatan Cleanpipe DDoS: Menyediakan perlindungan yang teguh terhadap serangan penafian-perkhidmatan dan pencerobohan rangkaian tanpa kebenaran bagi memastikan operasi perniagaan berjalan lancar.
Perisai Perlindungan Lapisan Rangkaian: Menawarkan lapisan keselamatan tambahan untuk mencegah aktiviti berniat jahat dan ancaman melibatkan rangkaian.
Penghalaan Keutamaan Rangkaian Kelas Perniagaan: Memastikan prestasi optimum untuk aplikasi kritikal perniagaan, meminimumkan kependaman dan memaksimumkan kecekapan.
Ciri Keselamatan Rangkaian Komprehensif: Termasuk firewall kritikal-misi dan penyelesaian bunkering rangkaian untuk mewujudkan persekitaran digital yang kukuh.
Visi untuk Masa Depan
Pelancaran ORBIT 10000 oleh Orient Telecoms menandakan peristiwa penting dalam landskap telekomunikasi Malaysia. Ia mencerminkan dedikasi syarikat terhadap inovasi dan
kecemerlangan, menyediakan peralatan yang perlukan oleh perniagaan untuk berjaya.
Apabila perniagaan semakin berkembang, Orient Telecoms kekal komited untuk menyokong
perjalanan mereka dengan teknologi terkini dan kebolehpercayaan yang tidak berbelah
bahagi.
Alkushovski berkata, ORBIT10000 dipantau dalam masa nyata oleh Pusat Operasi Rangkaian kami bagi memastikan tindak balas insiden yang pantas dan mempertingkatkan
prestasi serta kebolehpercayaan.
ORBIT10000 menjamin 99.99% masa beroperasi dan pemulihan pantas dalam tempoh 4 jam, disokong oleh bantuan secara 24/7/365.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai ORBIT 10000 dan cara ia mengubah ketersambungan perniagaan anda, layari laman sesawang Orient Telecoms atau hubungi pasukan penyelesaian perniagaan kami. Alami masa depan perkhidmatan internet dengan ORBIT 10000 – di mana kelajuan disokong keselamatan, dan inovasi memacu kejayaan.