Charles Brewer, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia bersama kakitangan Pos Shop di GPO Kuantan Pos Malaysia Berhad (“Pos Malaysia”), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, kembali meneruskan perjalanan transformasi runcitnya dengan pelancaran kedai serbaneka Pos Shop terbaharu.

Cawangan baharu itu, terletak di dalam Pejabat Pos Besar (GPO) di Jalan Abdul Aziz, Kuantan, Pahang. Ini menandakan Pos Shop ke-17 setakat ini.

Kini, Pos Malaysia mempunyai 17 lokasi Pos Shop di seluruh negara, dengan tiga di Pahang, tiga di Kuala Lumpur, dua di Selangor, dua di Perak, lima di Johor, satu di Melaka, dan satu di Negeri Sembilan.

Pos Shop di GPO Kuantan yang berkeleluasan lebih 1,800 kaki persegi menawarkan
penyelesaian sehenti untuk komuniti setempat, menggabungkan perkhidmatan pos dan bungkusan dengan ruang runcit yang selesa untuk keperluan harian.

Sebagai tambahan, Pos Shop di Kuantan mempunyai Pos Kafe yang popular di mana pelanggan boleh menikmati pelbagai pilihan seperti secawan kopi segar, makanan ringan, dan minuman sambil menunggu bungkusan mereka atau sebelum pergi ke tempat kerja.

Pelanggan juga boleh menikmati promosi pembukaan iaitu Beli-1-Percuma-1 eksklusif untuk Pos Sundaes, sementara stok masih ada.

Pelancaran Pos Shop ini sejajar dengan strategi keseluruhan Pos Malaysia untuk terus
mengubah penawarannya dan berhubung dengan pelanggan di seluruh Malaysia dengan lebih baik.

Pos Malaysia berhasrat untuk membina kepercayaan dan meningkatkan kemudahan untuk
menyepadukan perkhidmatan kurier dan logistiknya dengan memperkenalkan konsep runcit baharu yang menarik.

Pos Malaysia telah menyasarkan untuk menambah 33 lagi cawangan Pos Shop untuk menjadikan jumlah keseluruhannya kepada 50 cawangan di seluruh negara menjelang akhir tahun 2024. Langkah strategik ini menekankan komitmen Pos Malaysia untuk
menyediakan kemudahan dan nilai yang lebih besar kepada komuniti di seluruh negara.

Dengan kejayaan pelancaran Pos Shop di Kuantan, Pos Malaysia kekal berdedikasi untuk
mentakrifkan semula perkhidmatan pos sambil meningkatkan penawarannya untuk memenuhi keperluan pelanggan yang kian berubah dalam era digital ini.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini