OPPO mengumumkan pelancaran dua telefon AI baharu – Reno12 dan Reno12 Pro – yang memperkenalkan set ciri GenAI peneraju industri yang bakal melonjakkan produktiviti dan kreativiti ke tahap dimensi baru.

Kedua-dua model ini mewakili bab baru dalam sejarah siri OPPO Reno yang popular dan merupakan pelancaran utama yang pertama di bawah komitmen OPPO untuk mempercepatkan penggunaan telefon AI.

Kedua-dua Reno12 dan Reno12 Pro menampilkan reka bentuk Futuristik Fluid dan Rangka Aloi Berkekuatan Tinggi yang mencipta penampilan baharu yang menakjubkan sambil memastikan reka bentuk paling kukuh untuk telefon bimbit siri Reno pada setakat ini dengan perlindungan yang dipertingkatkan terhadap ketahanan jatuh, tekanan, dan air.

Kedua-dua model ini juga dilengkapi dengan platform mudah alih serba baharu 4nm MediaTek Dimensity 7300-Energy For Reno yang dibangunkan secara eksklusifnya oleh MediaTek dan OPPO untuk memberikan kecekapan kuasa yang luar biasa.

Digabungkan dengan teknologi pengecasan kilat 80W SUPERVOOCTM OPPO dan bateri berkapasiti kuasa tertinggi 5,000mAh dalam sejarah siri Reno, Reno12 dan Reno12 Pro baharu memastikan hayat bateri yang ultra panjang, pengecasan sepantas kilat, dan jangka hayat bateri yang optimum sehingga empat tahun, mempamerkan siri Reno dalam melangkaui batasan kepraktisan, ketahanan, dan gaya terkini.

Mempercepatkan Penggunaan Telefon AI

Pada awal tahun ini, OPPO telah menyatakan komitmennya untuk membawa keupayaan AI kepada lebih ramai orang melangkaui batasan telefon pintar flagship tahap mewah. Sebagai sebahagian daripada usaha ini, OPPO telah bekerjasama dengan Google, Microsoft, MediaTek, Qualcomm, dan rakan kongsi lain untuk mempercepatkan ketibaan generasi baru Telefon AI.

Reno12 dan Reno12 Pro memperkenalkan set ciri GenAI 1 yang inovatif meliputi pelbagai penggunaan harian. Dengan AI Eraser baharu yang dikemaskini, pengguna boleh menghilangkan orang asing dalam foto secara mudahnya dengan hanya satu ketukan atas keupayaan cirinya untuk mengenal pasti orang dan objek yang tidak diingini secara automatik.

Kedua-dua telefon ini juga dilengkapi dengan dua ciri AI yang direka khusus untuk meningkatkan kualiti gambar berkumpulan. AI Clear Face memberikan semua orang dalam gambar berkumpulan sentuhan yang sama seperti bintang utama dengan pemulihan definisi tinggi pada butiran seperti kontur wajah, rambut, dan kening, memastikan wajah mereka ditangkap dengan jelasnya walaupun berdiri jauh dari kamera.

Sementara itu, AI Best Face boleh mengenal pasti orang dalam foto yang matanya tertutup secara automatik dan menggunakan teknologi GenAI yang canggih untuk membuka
mata mereka. Dengan ini, tiada tangkapan gambar berkumpulan yang disia-siakan.

Untuk lebih banyak kemungkinan imaginatif, AI Studio boleh mencipta avatar digital atau gaya potret artistik daripada hanya satu foto pengguna. Pengguna boleh membayangkan semula diri mereka sebagai koboi, bintang dalam manga cyberpunk, atau banyak gaya yang lain dengan menggunakan keupayaan GenAI yang baru.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini