Terletak di lereng bukit Seremban 2, NOVA yang dibangunkan oleh IJM Land Seremban 2
ibarat ‘syurga’ mewah yang menggabungkan gaya kehidupan moden dengan ketenangan dan kehijauan alam semula jadi.
NOVA merupakan mercu tanda transformasi yang menawarkan taraf hidup baharu kepada penghuninya. Pemilik kediaman ini bakal menikmati suasana kejiranan yang harmoni, yang memberikan pengalaman gaya hidup luar biasa untuk setiap peringkat generasi.
Dikelilingi dengan pemandangan menghijau, kediaman NOVA menggabungkan aspek kemewahan dalam seni binanya dan keindahan alam semula jadi di kawasan sekitarnya.
Bergaya kontemporari dengan gabungan harmoni estetika yang diilhamkan daripada kehijauan fauna dan rekabentuk yang lebih sofistikated.
Mengetengahkan kombinasi rekaan inovatif untuk kehidupan luaran dan dalaman, NOVA
menitikberatkan pengalaman terbaik kepada pemilik untuk segenap ruang. Penghuni dapat
bergerak bebas dan selesa dari kediaman mereka dengan persekitaran luar yang tenang, sekali gus membuka ruang untuk meneroka pemandangan panoramik di sekitarnya.
Pembangunan moden dan mewah ini juga direka mengikut kesesuaian kehidupan berbilang
generasi. Tumpuan yang lebih teliti terhadap fungsi dan keselesaan setiap ruang bagi
memenuhi keperluan penghuni dengan mewujudkan aspek kebersamaan.
Kawasan landskap seluas 32.24 ekar, pembangunan NOVA mempunyai kepadatan penduduk yang rendah. Terdiri daripada 162 unit kediaman dalam dua fasa, dimana pembangunannya termasuklah rumah berkembar, banglo dan lot banglo.
Susun atur yang teliti mampu menonjolkan elemen eksklusif dan privasi kepada penduduk untuk menikmati keindahan alam semula jadi di sekeliling mereka.
Kombinasi Unik Antara Legasi dan Kemewahan
NOVA komited dalam menawarkan kehidupan mewah dengan menonjolkan reka bentuk yang teliti dan terperinci. Fasa pertama pembangunan ini menawarkan 64 unit kediaman Semi-D 2-tingkat, 5 unit banglo 2 tingkat dan 4 lot banglo di kawasan seluas 17.79 ekar.
Dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) RM154 juta, penghuni di pembangunan terbaharu IJM Land Seremban 2 ini bakal menikmati kemudahan gaya resort yang bakal meningkatkan kesejahteraan hidup mereka.
Pelan lantai unit Semi-D Jenis A, NOVA menawarkan reka bentuk yang elegan dan selesa
menerusi 4 bilik tidur yang luas dan lengkap dengan 4 bilik air. Unit tepi dan hujung pula
menyediakan ruang yang cukup untuk keperluan penghuni. Manakala, banglo 2-tingkat Jenis C, tampil dengan 5 bilik tidur, 5 bilik air dan kawasan bertanah seluas 7,888 kaki persegi.
Ciri-ciri ini dapat memastikan setiap pemiliknya memiliki kediaman impian yang serba mewah. Selain itu, NOVA menawarkan kehidupan yang selamat dan tenang dengan ciri rumah pintar seperti Kunci Pintu Pintar Digital, sensor pintu, kawalan pencahayaan dan penyaman udara serta port CCTV.
Lapisan penebat bumbung pula meningkatkan lagi keselesaan dengan mengurangkan haba, sekali gus mewujudkan persekitaran yang lebih cekap tenaga dan selesa.
“NOVA mewakili komitmen kami untuk mewujudkan ruang kediaman menakjubkan yang
diintegrasikan dengan alam semula jadi. Menerusi reka bentuk yang teliti dan perancangan
teliti, NOVA menawarkan gaya hidup yang harmoni antara legasi dan kemewahan, seterusnya memupuk kenangan abadi serta pengalaman hidup yang dipertingkatkan,” kata Chai Kian Soon, Pengurus Besar Kanan IJM Land.