BMW Malaysia mempersembahkan BMW 218i Gran Coupé Final Edition, BMW X3 sDrive20i Final Edition dan BMW X3 xDrive30e Final Edition. Varian istimewa untuk Gran Coupé dan dua Sports Activity Vehicle (SAV) ini memperkenalkan penampilan yang lebih sporti dan set ciri yang lebih komprehensif.

Dipasang secara tempatan, BMW 218i Gran Coupé Final Edition, BMW X3 sDrive20i Final Edition dan BMW X3 xDrive30e Final Edition mengekalkan sistem penggerak utama mereka, serta pakej M Sport yang melambangkan kedinamikan dan ciri lasak terhadap ketiga-tiga model tersebut.

Untuk BMW 218i Gran Coupé Final Edition, penampilan elegan kekal sebagai ciri utamanya dan kini diserlahkan oleh tambahan garis bayang dengan ciri tambahan (Shadowline with Extended Contents) dan rim aloi ringan Y-spoke M bersaiz 18-inci 553 M Bicolour.

Selain itu, ruang kabin kini dilengkapi telefoni dengan pengecasan tanpa wayar dan sistem pembesar suara HiFi yang mempunyai 10 pembesar suara dengan keluaran penguat 205W, bagi meningkatkan kemudahan dan hiburan semasa perjalanan.

Sementara itu, BMW X3 sDrive20i Final Edition dan BMW X3 xDrive30e Final Edition pula masih mengekalkan karisma off-road yang lasak dan ciri sporti BMW yang dikenali. Kini, penampilan mengagumkan kedua-dua model tersebut dipertingkatkan lagi dengan kehadiran garis bayang lampu M (M Lights Shadowline) dan garis bayang berglos tinggi M dengan ciri tambahan (M high-gloss Shadowline with extended contents).

Eksklusif untuk BMW X3 xDrive30e Final Edition adalah brek M Sport berwarna merah berglos tinggi, menampilkan satu lagi elemen visual yang menonjol. Berkenaan sistem bantuan pemanduan pula, BMW X3 sDrive20i Final Edition dan BMW X3 xDrive30e Final
Edition didatangkan dengan Kawalan Pemanduan Aktif dan fungsi Berhenti Jalan (Active Cruise Control with Stop&Go Function) di samping ciri Bantuan Pemanduan (Driving Assistant) sedia ada, yang membolehkan kedua-dua SAV mengekalkan kelajuan serta jarak dalam barisan secara automatik semasa trafik berhenti dan bergerak, sehingga terhenti sepenuhnya.

BMW X3 xDrive30e Final Edition juga dilengkapi Head-Up Display, serta Pembantu Parkir Kereta Plus (Parking Assistant Plus), yang memberikannya kamera pandangan sekeliling 360 darjah dan Pandangan Jauh 3D (Remote View 3D).

Untuk Final Edition, kedua-dua model menampilkan ciri telefoni dengan pengecasan tanpa wayar. Daripada segi pilihan warna, BMW 218i Gran Coupé Final Edition boleh didapati dalam warna luaran Skyscraper Grey, Black Sapphire dan Alpine White, manakala upholsteri dalaman tersedia dalam Leather “Dakota” berwarna hitam dengan jahitan biru.

BMW X3 sDrive20i Final Edition dan BMW X3 xDrive30e Final Edition pula boleh didapati dalam warna luaran Carbon Black, Alpine White dan M Brooklyn Grey.

Bagi pilihan upholsteri dalaman, BMW X3 sDrive20i Final Edition menawarkan Leather “Vernasca” berwarna mocha dengan jahitan dekor dan Leather “Vernasca” berwarna hitam dengan jahitan dekor, manakala BMW X3 xDrive30e Final Edition terdapat dalam Leather “Vernasca” berwarna mocha dengan jahitan dekor dan Leather “Vernasca” berwarna hitam dengan jahitan biru.

Harga jualan yang disyorkan (atas jalan, tanpa insurans) untuk BMW 218i Gran Coupé Final Edition, BMW X3 sDrive20i Final Edition dan BMW X3 xDrive30e Final Edition adalah:

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini