Sebagai sebahagian usaha jenama ini untuk membangunkan bakat di peringkat akar ubi dan meraikan perlumbaan motor, Red Bull Malaysia (Red Bull), jenama minuman tenaga No.1 di negara ini, mengumumkan penajaannya ke atas Pasukan Lumba PETRONAS Sprinta
Yamaha di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang.

Kerjasama ini dirasmikan menerusi majlis menandatangani kontrak bersama tiga Pasukan Lumba PETRONAS Sprinta Yamaha iaitu PETRONAS Sprinta Yamaha 31 Racing, PETRONAS Sprinta Yamaha CKJ, dan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor.

Majlis penting itu menandakan pencapaian yang signifikan kepada Red Bull untuk memacu masa depan bakat muda perlumbaan motosikal Malaysia, sejajar dengan aspirasi jenama itu untuk membawa tenaga dengan semangat kepada individu, memberikan mereka rangsangan bagi mengatasi segala-galanya dan apa sahaja.

Ketiga-tiga pasukan lumba tersebut akan bertanding dalam Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix PETRONAS MAM Malaysia 2024 yang berprestij dari 1 hingga 2 Jun di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang.

“Di Red Bull, kami bukan sekadar memberi tenaga kepada badan, tetapi juga menyemarakkan semangat setiap individu yang berani menolak sempadan kemungkinan. Kerjasama dengan Pasukan Lumba PETRONAS Sprinta Yamaha ini mewakili lebih daripada gabungan logo; ia mewakili komitmen bersama terhadap kecemerlangan, inovasi, dan semangat persaingan yang berkobar-kobar,” kata Andy Lee, Pengarah Bersama Negara (Co-Country Director) TCP Red Bull Malaysia.

Bila Bakat Bertemu Perlumbaan

Ketiga-tiga Pasukan Lumba Yamaha Sprinta PETRONAS mempunyai kehadiran yang mantap di litar, masing-masing meminjamkan pengalaman dan semangat mereka untuk perlumbaan terhadap kerjasama mereka dengan Red Bull. Berikut adalah latar belakang setiap pasukan:

Dipacu oleh tiga tonggak – RIDE. RACE. LEAD. – Pasukan Lumba PETRONAS Sprinta Yamaha 31 menyasar untuk menjadi satu daripada pasukan lumba terbaik bukan sahaja di Asia tetapi juga di dunia.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini