“Artconomic: Pameran Solo Ke-8 Ali Nurazmal Yusoff’ sebuah pameran seni kontemporari yang mengetengahkan gabungan seni dan ekonomi sedang berlangsung bermula hari ini sehingga 2 Julai di Galeri Seni Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur.

Projek kolaborasi Persatuan Ekonomi Universiti Malaya (PEKUMA) dan Galeri Seni Universiti Malaya, Muzium Seni Asia bertujuan meningkatkan kesedaran pelajar mengenai peranan ekspresi artistik dalam fabrik dinamik ekonomi.

Diinspirasikan dari artikel Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Abdul Aziz ketika beliau menjawat jawatan Menteri Kewangan pada tahun 2021 melalui portal Kementerian Kewangan Malaysia, ia bukan hanya pameran seni tetapi platform visioner yang bertujuan menetapkan seni sebagai mekanisme ekonomi, terutama dalam bentuk pelaburan.

Fadhli Masoot, pelakon terkenal tanah air yang hadir semasa sesi perasmian turut menzahirkan keterujaan beliau menyaksikan pameran hasil seni karya Ali Nurazmal Yusoff.

“Saya amat mengagumi beliau kerana karya yang dihasilkan menyampaikan mesej mengenai situasi semasa, selain itu terdapat juga beberapa karya beliau yang dipamerkan di beberapa muzium luar negara antaranya di Perancis, Australia dan beberapa negara yang lain,” katanya.

ARTCONOMICS, mempamerkan 43 keping karya-karya terbaik Ali Nurazmal Yusoff sejak tahun 1990-an hingga kini.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini