TCL, jenama elektronik pengguna terkemuka dan jenama televisyen kedua terbesar di dunia, hari ini memperkenalkan barisan televisyen dan pendingin udara generasi masa hadapan pada majlis pelancaran media di Bangsar South.

Kemuncak majlis berkenaan adalah pengenalan 115″X955 Max QD-Mini LED TV terbesar di dunia, selain QD-Mini LED TCL C855, C655 berskrin besar yang terkenal dengan teknologi QLED Pro dan AiPQ Pro Processor.

Satu lagi produk eksklusif pada majlis berkenaan ialah pendingin udara TCL FreshIN yang menampilkan teknologi sistem 2 Way Fresh Air &  Penapis QuadruPuri.

Pengarah Urusan TCL Malaysia, Carolyn Qiu, memulakan majlis berkenaan dengan memberi penekanan bahawa rangkaian baharu televisyen dan pendingin udara tersebut seiring dengan visi TCL ‘Membina Masa Hadapan yang Mampan dan Berhubungan dengan Teknologi Terkini’, sekali gus menyediakan prestasi premium dan pengalaman yang menakjubkan. 

TCL Memperkenalkan TV & Penyaman Udara Generasi Seterusnya

Dalam landskap teknologi yang pesat berkembang, menggabungkan hiburan di rumah dan kerja pejabat semakin menjadi trend penting, justeru ia mengubah semula cara kita berinteraksi dengan ruang kediaman.

Sehubungan itu, pasaran hiburan rumah di Malaysia diunjurkan melebihi AS$35 bilion menjelang 2024, dan purata hasil bagi setiap pemasangan Rumah Pintar dijangka mencecah kira-kira AS$49.01 (Sumber: Statista).

Oleh itu, pelancaran TV Rumah Pintar dan pendingin udara ternyata berada pada landasan tepat untuk memenuhi permintaan terhadap tontonan yang berkualiti tinggi, mengasyikkan dan pengalaman kehidupan.

TCL 115″X955 Max QD-Mini LED TV 

TV TCL 115 “X955 Max QD-Mini LED TV

Menerusi penemuan baharu ini, TCL telah menempatkan kedudukannya sebagai jenama televisyen kedua terbesar di dunia dan peneraju dalam pasaran televisyen 98-inci di seluruh dunia.

Pelancaran 115″X955 Max bukan hanya menetapkan standard baharu untuk pengalaman tontonan malah ia juga mengatasi teknologi OLED. Menerusi kecerahan puncak sebanyak 5,000 nits dan lebih daripada 20,000 zon pemalapan setempat, ia menawarkan kejelasan dan kecerahan visual untuk masa hadapan yang lebih sihat dan lebih berinspirasi.

Di samping itu, 115″X955 Max memaparkan teknologi QD-Mini LED yang dipertingkatkan, dikenali sebagai QLED PRO, yang menawarkan gamut dan ketepatan warna yang unggul berbanding paparan OLED. Dengan kemampuan untuk mencapai 100,000 jam kestabilan warna, penonton boleh menikmati warna seakan-akan hidup yang kekal bertenaga dan nyata dari semasa ke semasa.

TCL C855 QD-Mini LED TV 

TV TCL C855 QD-Mini LED TV

TCL C855 QD-Mini LED TV merupakan satu lagi hasil karya visual daripada TCL yang mentakrifkan semula hiburan visual dengan paparan visual yang begitu mengagumkan, warna yang seakan-akan hidup dan nisbah kontras yang sangat tinggi.

Menampilkan lebih daripada 2,000 zon pemalapan setempat dan kecerahan puncak 3,500, 144Hz VRR dimilikinya pula disesuaikan kepada kadar bingkai input berbeza dalam masa nyata, yang menghalang skrin terkesan dan memastikan pengalaman permainan yang lancar dan mengasyikkan.

Tambahan pula, sistem audio 60W ONKYO dan Dolby Atmos menyediakan pengalaman bunyi-bunyian 360 darjah, dilengkapi dengan audio pelbagai saluran 2.2.2 dengan enam saluran bunyi sekali gus memeriahkan setiap perhimpunan keluarga atau mempertingkatkan sesi permainan ke tahap yang benar-benar mengasyikkan.

TCL C655 QLED TV 

TV TCL C655 QLED TV

Bagi individu yang mahukan pengalaman hiburan terbaik, TCL C655 menampilkan kualiti gambar yang tiada bandingan, menyediakan paparan visual yang mengagumkan dengan palet lebih daripada 1 juta warna dan volum warna sehingga 95% berdasarkan standard DCI-P3.

Menerusi penggunaan teknologi Quantum Dot dan AiPQ Pro Processor, TCL C655 menggabungkan berdozen algoritma pengoptimuman  Ai-Gambar-Kualiti, meningkatkan kejelasan, kontras, sokongan HDR, warna dan gerakan untuk memberikan pengalaman tontotan yang menakjubkan.

Pendingin Udara TCL FreshIN 

Air Conditioner TCL FreshIN-1

Dalam iklim Malaysia yang lembap dan hujan sepanjang tahun, pendingin udara FreshIN yang dilengkapi dengan teknologi sistem 2 Way Fresh Air yang dipatenkan oleh TCL, menyediakan penyelesaian ideal untuk mengekalkan kualiti udara dalaman yang selesa dan sihat.

Ia menyediakan bekalan udara segar komprehensif pada kadar 60 meter padu/jam dan mengeluarkan udara dalaman pada kadar 30 meter padu/jam, meningkatkan keselesaan terma dan pengalaman pengguna. Mod Exhaust menghilangkan bau dan bahan berbahaya seperti formaldehid serta bauan sisa dapur. Pada masa yang sama, Mod  Purification berserta sistem Penapis QuadruPuri dan penapis berkecekapan tinggi dan berketumpatan tinggi HEPA, melakukan penapisan zarah halus, habuk dan bakteria dengan berkesan, sekali gus memastikan kualiti udara dalaman yang sihat

Susulan pelancaran rasmi berkenaan, TCL mengumumkan bahawa 115″X955 Max QD-Mini LED TV akan berada di pasaran Malaysia melalui pra pesanan di kedai dalam talian rasmi TCL dan kedai pengedar yang sah. Siri C855 dan C655 bakal ditawarkan dalam beberapa saiz untuk memenuhi pelbagai keperluan pengguna.

Jualan untuk C655 50-inci bermula pada harga RM2,999, manakala C855 75-inci bermula pada harga RM15,799. Manakala bagi 115″X955 Max, harga runcitnya ialah RM149,999.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini