Sempena kembalinya mereka ke Malaysia Autoshow (MAS) 2024 yang dinanti-nantikan, BMW Group Malaysia memperkenalkan rangkaian tawaran eksklusif dan istimewa yang meliputi portfolio BMW, MINI serta BMW Motorrad, dipakej dengan teliti untuk dinikmati pengunjung sepanjang Mei dan Jun 2024.

Untuk BMW Malaysia, pelanggan dapat menikmati:
 Diskaun terhadap komponen M Performance untuk BMW 520i – Pelanggan BMW yang
membuat tempahan untuk BMW 520i (G60) yang baru sahaja diperkenalkan, dari sekarang
hingga 30 Jun 2024 akan memperoleh diskaun 15 peratus bagi pelbagai jenis komponen M
Performance yang berkualiti premium termasuk set tayar, pedal, rim, penutup cermin, ambang pintu, penutup antena dan banyak lagi.

 Percuma BMW Motor Insurance selama satu tahun bernilai RM5,000 dan LEBIH – Bagi
tempahan yang dibuat dan dihantar dari 1 hingga 31 Mei 2024 untuk model BMW 2 Series,
BMW 3 Series dan BMW X yang terpilih, pelanggan boleh menikmati BMW Comprehensive
Motor Insurance bernilai RM5,000 selama satu tahun secara percuma termasuk kadar
pembiayaan yang menarik dengan BMW Group Financial Services atau memilih untuk menukar semua tawaran tersebut kepada rebat tunai hingga RM20,000 bagi memberikan lebih nilai terhadap pembelian mereka untuk model terpilih.

 Lebih fleksibiliti dalam memiliki model BMW i – Di samping menawarkan pelbagai pilihan
model kenderaan elektrik bateri (BEV) premium, BMW juga memberi kebebasan kepada
pelanggan untuk menukar BMW Motor Insurance tahun pertama yang bernilai RM5,000 kepada rebat tunai segera secara percuma atau memilih pemanduan yang tenang menerusi kredit pengecasan ChargEV bernilai RM6,000 untuk model BEV terpilih.

Untuk BMW Motorrad, pelanggan berpeluang memperoleh:
 Rebat tunai masa terhad untuk BMW CE 04 – Pengunjung Malaysia Autoshow 2024 yang
memilih untuk Make Life a Ride dengan BMW CE 04 boleh mendapat rebat tunai hingga
RM7,000. Tawaran ini berlangsung hingga 30 Jun 2024.

Selain itu, MINI Malaysia pula menawarkan:
 MINI Wallbox percuma – Semua pelanggan yang menempah MINI Countryman SE baharu dan MINI Cooper SE baharu di MAS 2024 layak menerima pengecas MINI Wallbox secara percuma bernilai RM5,000 untuk pengecasan yang mudah di rumah.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini