Berikutan kejayaan pelancarannya pada Mac lalu, HONOR Magic6 Pro akan ditawarkan dalam warna edisi terhad Cloud Purple. Warna ini diinspirasikan dari keindahan matahari terbit di ufuk tasik dengan rona Lavender lembut dari pantulan air yang tenang dan awan yang berarak.

Peranti Flagship ini boleh dibeli mulai 31 Mei di kedai HONOR Experience Store, pengedar sah di seluruh negara dan platform dalam talian.

Selain warna edisi terhad ini, HONOR akan mengeluarkan kemas kini MagicOS baharu untuk HONOR Magic6 Pro tidak lama lagi. MagicOS mendapat peningkatan untuk
membawakan aplikasi baharu yang tersedia di Magic Portal dan juga ciri-ciri baharu
lain.

Sementara muat turun MagicOS 8.0 untuk HONOR Magic V2 dan HONOR Magic5 Pro sedang berlaku secara berperingkat dengan sesetengah pengguna sudah menerima kemas kini perisian tersebut.

HONOR Magic6 Pro didatangkan dengan keupayaan kamera mengagumkan yang sesuai untuk Sportografi kerana kemampuan untuk menangkap aksi pantas. Antara ciri menatik lain peranti ini termasuk kualiti paparan, prestasi dan pengalaman pengguna.

Kamera Magis: Kamera Tele-falcon 180MP

Menjangkau lebih tinggi menerusi Sistem Kamera Falco yang dinaik taraf, HONOR Magic6 Pro menggunakan AI untuk meramal dan merakam detik-detik penentu dalam definisi ultra-tinggi dengan mudah, menggalakan pengguna untuk menangkap pergerakan pantas termasuk pelbagai aksi sukan dan aktiviti seperti melompat, menari dan seni mempertahankan diri.

Kamera belakang HONOR Magic6 Pro mengetengahkan Kamera Utama Dinamik Super 50MP dan Kamera Ultra Lebar 50MP. Manakala Kamera Tele-falcon 180MP yang menyokong sehingga 100X zum digital memastikan rakaman gambar dari jauh ditangkap dalam perincian definisi tinggi.

Skrin Magis: Pelindung NanoCrystal HONOR, 10 kali lebih tahan jatuh

Satu lagi ciri HONOR Magic6 Pro yang menjadi perhatian adalah skrin Pelindung NanoCrystal HONOR yang mampu menahan sepuluh kali lebih rintangan jatuh berbanding kaca biasa. Kualiti ketahanannya disahkan oleh pensijilan Five Star Overall Glass Drop Resistance Ability SGS meliputi pelbagai senario.

Skrin OLED 6.8 inci dengan resolusi FHD+ (2800 x 1280 pixel) dengan kecerahan maksimum 5000 nits menjadikan HONOR Magic6 Pro antara peranti memiliki skrin paling terang dalam industri.

Selain itu, paparan HONOR Magic6 Pro turut menerima pengiktirafan pensijilan TÜV
Rheinland Flicker Free Certification 4320Hz, TÜV Rheinland Circadian Friendly Certification dan TÜV Rheinland Full Care Certification untuk keselesaan mata pengguna walaupun menonton dalam jangka masa lama.

Bateri Magis: Bateri Silikon-Karbon 5600mAh 2.0

Bateri Silikon Karbon Generasi Kedua 5600mAh disokong pengecasan pantas berwayar HONOR Wired SuperCharge 80W untuk bertahan sepanjang hari tanpa perlu kerap mengecas peranti. Hanya dalam tempoh 40 minit peranti ini sudah mencapai bateri penuh.

Pengalaman Magis: MagicOS 8.0 dan Magic Portal

HONOR Magic6 Pro membawa AI ke tahap seterusnya dengan Magic Portal, ciri intuitif yang memahami mesej teks, imej dan tabiat pengguna. AI meramalkan keperluan pengguna dan menawarkan pintasan berguna di bahagian kanan interface peranti.

Sebagai contoh, pengguna boleh menyalin alamat dan menyeretnya terus ke dalam aplikasi navigasi pilihan seperti Google Map atau Waze. Ini memudahkan berbanding salin dan tampal alamat ke aplikasi navigasi.

HONOR Magic6 Pro dalam Cloud Purple dikuasakan cipset Snapdragon 8 Gen 3 dengan 12GB RAM dan storan 512GB. Berharga RM4,499, edisi terhad ini akan tersedia mulai 31 Mei 2024. Selain Cloud Purple, HONOR Magic6 Pro turut menawarkan warna Epi Green dan Black bersertakan hadiah percuma.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini