Pernah digelar ‘scammer’ gara-gara menawarkan pakej umrah dengan harga yang murah, In Saff Travel & Tour hari ini membuktikan ianya hanya tuduhan semata-mata dengan menerbangkan 566 orang jemaah ke Tanah Suci dengan menaiki penerbangan Malaysia Airlines (MAS).
Diasaskan oleh 4 orang lepasan pelajar ummul qura universiti di Makkah al mukarramah iaitu Ustaz Aswadi Ali, Ustaz Nik Fairul Irwan Nik Harun Aminarrashed, Ustaz Mohd Fahmi Mohd Nawi dan Ustaz Falaahuddin Ahmad Jasni, In Saff Travel sudah beroperasi hampir 10 tahun dan kini mempunyai 31 cawangan di seluruh Malaysia.
Pengarah Urusan In Saff Travel & Tour, Mohd Fahmi Mohd Nawi berkata, mereka sentiasa menekankan konsep ‘berkongsi rezeki’ dengan matlamat membantu lebih ramai jemaah ke tanah suci.
“Kami tidak meletakkan kepentingan keuntungan yang tinggi tetapi lebih kepada memampukan jemaah untuk mengerjakan umrah kerana itu kami adakan pakej ‘super jimat 9 hari, 7 malam’ RM4,970 seorang” katanya.
“Allah tidak memanggil siapa yang mampu tetapi dia mampukan orang yang mahu, rindu dan yakin, kami sentiasa peka dan mencari jalan bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk menjadi tetamu Allah. Kami yakin bahawa bukan duit yang memberikan peluang umrah, tetapi Allah SWT yang menjemput kita sebagai tetamuNya”, katanya lagi.
Trip pelepasan pertama pakej Super Jimat telah berlepas pada hujung Februari yang lalu menaiki AirArabia dan terbaru pihaknya melancarkan pakej umrah ‘special edition’ RM4,970 dengan penerbangan Malaysia Airlines (MAS).
Selain pakej ‘super jimat’ terdapat pelbagai pakej menarik lain yang turut ditawarkan antaranya Pakej Premium, Clock Tower, Ekonomi dan Super Ekonomi dengan dua pilihan variasi iaitu 12 hari dan 22 hari.
Mengharapkan doa dan sokongan dari semua pihak, In Saff Travel & Tour mensasarkan untuk menerbangkan lebih 10,000 jemaah bagi tahun 2024.