Continental Tyres memperkenalkan tayar MaxContact MC7, tayar bergaya dan berprestasi tinggi, yang direka bentuk untuk landskap bandar serta
disesuaikan untuk memenuhi keperluan para pemandu Asia Pasifik (APAC).
Produk baharu ini menghasilkan prestasi pemanduan memberangsangkan yang meningkatkan pemanduan harian ke tahap yang lebih unggul dengan kawalan maksimum melalui pengemudian yang tepat dan pengendalian yang dinamik.
“Dibangunkan dan diuji oleh pasukan yang terdiri daripada 25 jurutera dan pakar bahan melalui lebih 8,000 jam dalam R&D, kami mereka tayar bergaya dan berprestasi tinggi yang memenuhi keperluan unik para pemandu yang mencari keterujaan dalam pemanduan harian
mereka,” kata Tolga Mutlu, Ketua Pengurusan Produk, Continental Replacement Tyres APAC.
Kawalan Maksimum Membawa kepada Keterujaan Pemanduan Maksimum
MaxContact MC7 baharu ini menyediakan pengendalian yang lebih terperinci dan kestabilan yang luar biasa untuk para pemandu ketika mengambil selekoh yang lebih tajam dan memandu di pusingan sudut pada kelajuan yang lebih tinggi, disebabkan oleh pengoptimuman pengagihan tekanan dalam tayar.

Teknologi Silika Baharu Memastikan Pemanduan yang Stabil dan Selamat
Direka bentuk untuk memastikan keselamatan walaupun semasa musim hujan yang kerap di APAC, termasuk Malaysia, MaxContact MC7 baharu menghasilkan cengkaman yang dipertingkatkan serta jarak membrek yang lebih pendek untuk memastikan pemanduan yang stabil dan selamat.
3D Laser-cut Sipes meningkatkan cengkaman dan brek dalam keadaan basah dan hujan, mengurangkan risiko penyatahan air (aquaplaning) dengan menolak keluar air melalui alur tayar dengan cepat.
Teknologi silika dalam sebatian ReFlex meningkatkan pemindahan tenaga kinetik kepada haba apabila membrek, sekali gus membawa kepada jarak
membrek yang lebih pendek di jalan kering dan juga basah.
Walaupun semasa memandu kereta sport, pemandu MaxContact MC7 boleh menikmati pemanduan yang lebih senyap.
“MaxContact MC7 ialah tambahan terkini dalam barisan produk Gen7 Continental, yang mewakili generasi terkini teknologi tayar kami yang dibangunkan khusus untuk pemandu APAC.
“Kami yakin produk ini mempamerkan keupayaan R&D termaju kami untuk menghasilkan prestasi terbaik dalam kelasnya bagi pengalaman pemanduan yang luar biasa setiap hari,” katanya lagi.
Tayar MaxContact MC7 terbaharu menawarkan saiz antara 16” hingga 21” dan tersedia untuk pembelian di seluruh pasaran APAC mulai Suku Pertama tahun 2024 (*masa ketersediaan stok berbeza mengikut pasaran individu).






































