Pakar sistem bangunan perindustrian, Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB) mengumumkan anak syarikat miliknya SCIB Properties Sdn Bhd (SCIBP) telah memeterai penyelesaian komprehensif merangkap Perjanjian Pelantikan Kontraktor dengan AWANA.

Perjanjian iti dimeterai antara SCIPB dan Awana JV Suria Saga Sdn Bhd (AWANA).

Perjanjian baharu ini bukan sahaja menyelesaikan perselisihan kontrak dan kewangan sebelum ini tetapi juga meletakkan SCIBP sebagai Kontraktor Utama eksklusif untuk projek Cadangan Skim Perumahan Projek Penjawat Awam (PPAM Muallim).

Projek penting ini menekankan kepakaran dan komitmen SCIBP untuk menyampaikan penyelesaian perumahan berkualiti tinggi untuk penjawat awam. Di bawah terma perjanjian baharu itu, AWANA telah mengakui keterhutangan kepada SCIBP.

Pengarah Urusan SCIB, Ku Chong Hong berkata, penyelesaian dan pelantikan baharu ini menandakan peristiwa penting bagi SCIB selain bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan SCIB dalam sektor pembinaan.

“Ia bukan sahaja mengukuhkan penghutang kewangan kami, tetapi ia juga mengembalikan semula peranan anak syarikat kami dalam projek utama yang menjanjikan sumbangan yang besar kepada portfolio kami Kami optimis dengan perkongsian baharu ini dengan AWANA dan yakin dengan keupayaan kami untuk melaksanakan projek PPAM Muallim pada standard tertinggi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

SCIB kekal komited untuk mempertahankan piawaian tadbir urus dan ketelusannya yang tinggi, melalui pendedahan tepat pada masanya dan pematuhan kepada keperluan kawal selia berkenaan bantuan kewangan dan kemas kini projek.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini