Tractors Malaysia, pengedar eksklusif Caterpillar di bawah Sime Darby Industrial Sdn Bhd (SDISB), baru-baru ini berganding bahu dengan empat syarikat – Nestcon Infra Sdn Bhd, Landhon Builders Sdn Bhd, Seri Pajam Development Sdn Bhd dan Pembinaan Tetap Teguh Sdn Bhd – untuk menyumbang RM80,000 kepada Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO).
Kerjasama tersebut meluaskan komitmen SDISB dalam usaha menyokong inisiatif yang menggalakkan kesaksamaan jantina dan memperkasakan wanita. Sumbangan dikumpulkan menerusi usaha terselaras antara Tractors Malaysia dan empat pelanggan utamanya dengan menyewa Caterpillar 323GX Hydraulic Excavator (Jentera Pengorek Hidraulik) berwarna ‘ungu’.
Sumbangan tersebut telah disampaikan untuk membiayai program “She Rises” (Wanita Bangkit) RAO, yang diadakan sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa bertema “Inspire Inclusion” (Mendorong Keterangkuman).
Majlis penyerahan sumbangan telah dirasmikan oleh Liew Thiam Huat, Pengarah Urusan –
Perindustrian Asia Tenggara Sime Darby Industrial Sdn Bhd di ibu pejabat SDISB di Puchong, manakala syarikat-syarikat yang terbabit diwakili oleh Ir. Dr Lim Jee Gin, Pengarah Nestcon Infra Sdn Bhd; Yap Kian Hong, Pengarah Landhon Builders Sdn Bhd; Ten
Fui Jean, Pengarah Seri Pajam Development Sdn Bhd; dan Datin Angie Ng, Pengarah
Eksekutif Korporat Kumpulan, Pembinaan Tetap Teguh Sdn Bhd. Turut dijemput ke majlis
ialah Chen Binling, Pengarah Jualan bagi Caterpillar Inc dan Amnani Abdul Kadir, Pengarah
Perkongsian bagi WAO.