Syarikat permula AgriTech tempatan, Fefifo (/fee-fai-fo/) mengumumkan bahawa permohonan atas talian telah dibuka untuk petani daripada komuniti B40 tempatan untuk mengikuti Program Digitalisasi Petani Fefifo, yang dikuasai oleh sistem pembayaran digital – PayNet, melalui aplikasi Magic Bean Fefifo.

Program ini merupakan sebahagian daripada kerjasama strategik yang dibangunkan bersama PayNet, rangkaian pembayaran kebangsaan dan pembekal infrastruktur kewangan pusat, yang telah diformalisasi pada November 2023, yang merangkumi perkara berikut:

● Sokongan untuk Fefifo memperkasakan petani B40 agar menjadi Agropreneur luar bandar yang celik digital

● Insentif, latihan dan tajaan program daripada PayNet untuk petani dalam komuniti B40 yang terlibat dalam Program Digitalisasi Petani Fefifo untuk menerima pembayaran tanpa tunai

● Sokongan daripada PayNet untuk mengurangkan kos operasi pusat pengedaran Fefifo tanpa tunai, mengekalkan pengangkutan logistik bagi membawa hasil ladang untuk dijual kepada rangkaian pembeli Fefifo

Program Digitalisasi Petani Fefifo disediakan untuk mendigitalisasikan petani-petani kecil supaya mereka boleh menghasilkan tanaman makanan berkualiti dengan menyediakan penyelesaian rantaian nilai yang komprehensif melalui platform perisian mudah alih Fefifo iaitu aplikasi ‘Magic Bean’.

Ia termasuk sokongan dalam bentuk tunjuk ajar, langkah demi langkah yang diperakui MyGAP, SOP pertanian digital ‘on demand’, sokongan daripada pakar agronomi, penyediaan input tani utama pada harga mampu milik, jaminan belian 100% dan akses kepada kemudahan pembiayaan, sekiranya perlu.

Program ini direka khusus bagi membolehkan para petani kecil menjana pendapatan mampan melalui hasil tanaman berkualiti, konsisten dan menepati kehendak pasaran komersial semasa.

Baru-baru ini Fefifo telah menerima pengiktirafan Anugerah Sidang Kemuncak Dunia 2023 (World Summit Award -WSA), forum antarabangsa berprestij yang dibiayai bersama oleh Kesatuan Eropah dengan dua dekad pengalaman mempamerkan inovasi digital termaju dengan impak positif. WSA berdiri sebagai lambang kualiti yang menunjukkan bagaimana ICT memberi manfaat kepada masyarakat di setiap 182 negara yang mengambil bahagian.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini