BMW Malaysia telah memulakan proses pratempahan bagi jentera BMW iX2 xDrive30 yang sulung untuk pasaran Malaysia, sebuah model Sports Activity Coupe Elektrik yang unik lagi versatil, ideal untuk pelbagai situasi pemanduan.

Benjamin Nagel, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia menyatakan, “Di BMW Group, kami sentiasa berusaha untuk memperkayakan produk yang ditawarkan, sejajar dengan janji ‘Sheer Electric Driving Pleasure’ kami.

BMW iX2 xDrive30 mencerminkan komitmen tersebut, hadir sebagai Sports Activity Coupe
Elektrik Premium yang sulung dalam kelas BMW X2.

Perungkaian jentera ini turut menyuluh kedudukan kita sebagai pembekal EV Premium Nombor Satu di Malaysia, satu pencapaian yang digarap menerusi usaha ekstensif kita dalam arena Mobiliti Elektrik, dengan penyerahan lebih daripada 3,600 unit kenderaan berelektrik BMW, MINI dan BMW Motorrad pada tahun 2023.”

SAC Premium ini hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras yang tampak lebih elegan dan juga dinamik. Sebagai iterasi jentera elektrik tulen yang pertama bagi BMW X2, BMW iX2 xDrive30 menyaksikan inovasi digital dengan rangkuman sistem kawalan yang buat julung kalinya berasaskan Android Open Source.

Iras BMW iX2 xDrive30 yang garang bermula dengan wajahnya, memuatkan gril ‘kidney’ BMW dengan rekaan tertutup yang baharu, dipadankan dengan gril jejaring hitam dan bingkai hitam berglos tinggi, lalu diserlahkan dengan BMW Kidney Iconic Glow.

Lampu hadapan LED adaptif dengan pancaran BMW Selective turut disinambungkan dengan pencahayaan waktu siang yang membawakan susunan lampu secara menegak, dirumus untuk menjamin kebolehlihatan yang optimum demi pemanduan yang lebih
selamat serta sebagai signatur kepada reka bentuk kontemporarinya.

Sementara itu, apron hadapan jentera ini didatangkan dengan gril radiator dalam warna hitam berglos tinggi.

Harga runcit yang disyorkan (atas jalan, tanpa insurans) bagi BMW iX2 xDrive30 ialah:
RM 282,800.00

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini