Sempena bulan Ramadan, pengeluar kereta nasional PROTON menunjukkan komitmennya terhadap pendidikan dan kebajikan masyarakat dengan dua inisiatif yang memberikan impak positif.
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan memperuntukkan dana Zakat sebanyak RM10,000 untuk menaik taraf kemudahan surau di dalam premis sekolah.
Sumbangan itu terdiri daripada pelbagai bahan bacaan pendidikan termasuk buku rujukan hingga kesusasteraan, ini sejajar dengan visi PROTON untuk memperkasakan generasi muda melalui pengetahuan dan pembelajaran.
Bahan bacaan itu diperoleh melalui kempen derma buku antara syarikat dengan lebih daripada 500 buku-buku disumbangkan oleh kakitangan PROTON. Melalui kempen ini, Syarikat berhasrat untuk memberi inspirasi kepada pelajar untuk cemerlang dalam akademik dan mengejar aspirasi mereka.
“Di PROTON, kami percaya dalam transformatif pendidikan. Dengan memberikan akses rangkaian buku yang lebih luas kepada pelajar, kami yakin dapat memberi inspirasi kepada pelajar dan membolehkan perjalanan pendidikan mereka ke ara penemuan diri dan mengejar kerjaya masa depan mereka,” kata Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.
Sumbangan daripada PROTON menekankan kepentingan kerjasama korporat dalam memupuk pembangunan pendidikan dan budaya pembelajaran dalam komuniti. Dengan kerjasama yang rapat dengan SMK Proton City, PROTON berusaha untuk menyokong para pendidik dalam misi mereka untuk mendidik generasi yang akan datang.
Pengetua SMK Proton City Zalina Ahmad turut merakamkan penghargaan terhadap sokongan PROTON dan menyedari impak ketara akan berlaku terhadap program pendidikan mereka.
“SMK Proton City dan PROTON mempunyai hubungan yang rapat dengan kira-kira 200 pelajar daripada keluarga pekerja PROTON. Selama ini, PROTON, Kesatuan Sekerja dan kakitangannya telah menyokong sekolah dan hari ini, kami amat berterima kasih atas sumbangan buku yang begitu banyak sekali.
Sumber-sumber ini akan memperkayakan pengalaman pembelajaran pelajar kami dan menyumbang kepada pertumbuhan akademik mereka.”
Seiring dengan sumbangan buku itu, PROTON turut menyerahkan Dana Zakat sebanyak RM10,000 kepada surau SMK Proton City. Sumbangan itu akan digunakan untuk kerja-kerja penambahbaikan surau, termasuk pemasangan bumbung dan mozek lantai untuk bahagian solat wanita, menyediakan persekitaran yang kondusif untuk menunaikan solat dan aktiviti lain.